Friday, November 5, 2010

Pengalaman Menentang Hedonisme di Kampus : Live FB Status from Ust Riduan Mohd Nor




http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs532.snc3/30204_409875203187_590468187_4261972_5304718_n.jpg

Ana compile update status ini untuk kita ambil iktibar dan pedoman.. Diambil dari status fb Ust Riduan Mohd Nor.

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1668681642571&set=a.1668677802475.2092357.1403240197&ref=nf#!/profile.php?id=1780555642



Sketsa 1

ratusan konsert telah kita tentang, ratusan memo telah dihantar, ratusan sidang akhbar telah kita galang, ratusan ribu risalah telah kita edar, ratusan kali kita mengucur peluh dijalanan berlari diamuk aparat keamanan bertopi merah...MEREKA TETAP TIDAK PEDULI...MRK BUTAHATI...MRK MANGKUK...MRK bersurah "morality cannot be legislated"

apa lagi bahasa kita utk mereka teman..hati kita tertusuk sembilu....berdada dgn abdul Uzza versi moden, umar bin hisyam kontemporari...kadang kita lelah terhambat dgn tugasan kehidupan...ada mulut yg ingin kita suap..ayuh anak muda bersama DPPP utk perubahan negara tercinta....selamatkan tanah leluhur ini dgn peringatan dr langit

menentang hedonisme ada galur sejarahnya di watan kita...nanti kawan aku ceritakan padamu petualangan anak kampus menghambat maksiat dan mungkar..saat aku masih diselimuti 'the young angry man'....M. Nasir, dan ramai lagi mangsa anak kampus janggut sejemput....hari ini..kau lihatlah adik2ku yg menjenamakan mrk sbg gAMIS...aku kepingin melihat onar mrk

nanti kawan aku ceritakan padamu petualangan anak kampus menghambat maksiat dan mungkar..saat aku masih diselimuti 'the young angry man'....M. Nasir, dan ramai lagi mangsa anak kampus janggut sejemput.

‎"Allahuakbar.....batalkan konsert....Allahuakbar......hidup Islam....batalkan konsert.."dengungan dan pekikan takbir dan slogan bersilih ganti.siswa dan siswi Islam semakin membesar jumlahnya di hadapan foyer perdana siswa.malam itu yg saya lupa tarikhnya berlaku dlm tahun 1994.kami anak kampus UM yg bergabung dgn tema...n 2 dr UIA.masih meracik semangat.meruap dgn kebencian pd pihak berkuasa kampus yg membenarkan konsert M.nasir.Pihak keselamatan kampus menyuluh kamera utk mengertak kami.Pekikan takbir tidak pernah surut.kami tidak jera ,jauh dr gentar.kampus perlukan budaya ilmu,tempat mengasah intelektual.bukan sarang 'sensate culture'."batal konsert....batal konsert..."ratib kami beramai2.semakin menjadi2 pula

TNC tercengat spt ketua bahagian UMNO kalah pemilihan.masam mencuka .pegawai dikiri kanan menyedut rokok dlm2.saya melantunkan doa wehdah, yg lain menyambut semangat,bulu roma menyerinding.Teman dr UIA juga semakin galak.Azizi, Fuad,allahyarham Engku Azri, kamal ali , Ya,(maaf saya terlupa nama lain)

kami memberikan masa kpd TNC utk menghentikan konsert."apa perlunya konsert?"jerkah seorg pimpinan kampus pd TNC."kamu tak suka kamu balik...ada org yg suka"balas pengampu.Booooooo..sorakan panjang anak2 kampus.tanpa toleransi.malam itu kami nekad,perdana siswa akan melakar sejarah

akhirnya bantahan yg dramatik itu berakhir,,M.Nasir dan artis lain dibawa keluar dr UM melalui pintu belakang."Allahuakbar..bebas..bebas maksiat"laung kami beramai.riang spt kerbau selepas mengawan.akhawwat menutup muka dgn purdah.konsert berjaya kami hentikan,"student power!"jerit yg lain.Ini sketsa anak kampus belasa...n tahun yg lepas.potongan akhbar lama...

itu sgt nostalgik.terpandang saya gambar pimpinan kampus yg kini menjadi org kuat UMNO Serdang, sebahagian besar aktivis dakwah kampusyg terakam gambar memilih menjadi 'pemerhati' kpd arus gejolak dakwah.Rosli "gemuk"yg kami tugaskan mengawal pondok Pak Guard kini seorg guru di Batu Pahat.Dia bersiaga dgn mangga besi kelas A

‎"Li, mu mangga pagar besar..apabila nampak trak water cannon atau trak FRU"arah kami pd Rusli.dia mengganguk tolol.suruhlah apa sahaja, budak dr setiu ini akan patuh.Sketsa 1994 ini muncul diingatan saya apabila ruang maya ini disemangati oleh anak kampus tentang demo membantah konsert Adam Lambert."bukan baru dik! ,ko...nsert Sudirman, Sheila Majid, juga bantahan terhadap artis luar negara"

saya cabar kamu dik, buat bantahan, saya sudah merangkak umur...engkau lihat ust Deris Ahmad, zamannya dikampus membantah Tina Turner."hasut saya pd teman kampus disamping gelihati melihat penampilan ust Deris seperti 'kanak-kanak Ribena' (potongan rambut) semasa meghantar memo kpd Sabaruddin Chik....aaaaaaah tidak cuk...up dgn nostalgia..GAMIS...aaaaaaahhhh, jgn garang fi FB sahaja

Sketsa 2

Sketsa 2 (1994) Tapak padang uia PJ.."jom kita kenduri malam ni"kata Zahir, anak muda asal kedah itu kpd kami.tatapan wajahnya kpd kami seolah panglima perang yg mengeluarkan arahan wajib."kat mana ed"tanya yg lain dgn seribu keberahian.anak muda kail sejengkal , tanah bukit akan kami galas."padang UIA..bantah konsert"...tegas .kilatan matanya ada keterujaan seorg pimpinan 'bawah tanah'."baik komrade!" bisik hati saya,"kenduri lagi.tahun ini tahun membantah.tahun Ghazali Jaafar."student power.penat Amir Ramadhan diserkap polis belum hilang lagi."buat persiapan..kita gi awal"kata Mat Yunus

‎"nak buat sepanduk apa?,"tanya Rusli dungu."tak payah, kawan2 UIA buat,Azizi uruskan"kata Zahir.Lambatnya mentari melabuhkan tirai,kami menunggu malam dgn membilang minit spt menunggu utk diakadnikad."pakai baju hijau (baju Tebal).."kata Hasan, merujuk baju yg dibeli pukal dr KB

kami berkonvoi dr asrama APP..galak anak muda yg sarat dgn idealisme.langkah mayat kami utk buat maksiat dikampus."Allahuakbar" bersimpongan laungan takbir memulakan pacuan motor.hampir 5o org siswa Um, teman2 di UIA sedang setia menunggu>dalam salur darah, terasa listrik voltan kecil sedang mengalir

dgn semangat yg membara jarak Um-UIA PJ terasa sangat jauh.kami anak kampus sudah tidak sabar.Dihadapan pintu masuk UIA, kerumunan warga UIA sangat jelas di Padang varsiti.kami memarkir motor bujang, bergerak perlahan2 sambil menelan air liur."gila universiti Islam mcm ni" bunyi suara Rosli

‎"dah bila nak mula "tanya Zahir kpd sahabat UIA."kami tunggu antum semua"jawab seorang teman.kami merapat ke arah pentas yg sedang diamuk dendangan "lagu yg entah apa2".....tiba2 meledak suara , ratib yg melengking keras"lailahailallah..."sambut menyambut semakin deras, disalut semangat dan kelompok kami anak muda kamp...us yg gila itu semakin membesar

‎"batal..batal..batal konsert...."laung demonstran beramai2...seorg pimpinan pelajar naik ke atas pentas , merampas pembesar suara dr penyanyi yg terpana seadanya dgn bantahan ala kamikaze itu.suasana panik..ada penonton beranjak ketepi.tidak kurang mula menjauh.Polis mula.

polis menyerbu pentas, artis bertempiaran dan kawan saya itu yang merampas mikrofon melompat ke bawah pentas.Wajahnya tersembam ke kawasan becak .Wajah yg terpalit dgn lumuran becak hitam itu sangat menggelikan hati>takbir terus beriringan, slogan terus melantun ke langit malam padang UIA

tiba2 tgn saya dikilas dr belakang, seorang polis beruniform biru gelap mengeluarkan gari."apa ni encik!"saya bertanya tanpa sedar.Dibawah benderang cahaya malam itu juga tanpa sedar saya meloloskan diri.berlaku adengan kejar mengejar.Engkau tahu kawan..engkau tahu...

saya memecut, berdesut dalam cahaya, "ride the li,,,,,"kata Metallica."run for your Live"kata Kumpulan Loudness dgn raungan gitar Akira Takasaki..serban merah dan ketayap saya meghaibkan diri.Tanpa sedar, saya dan beberapa teman sudah berada di luar pagar UIA PJ...tangkapan terus berlangsung.saya dan 'banduan' lain yg ...terlepas berjalan keletihan ke pintu masuk UM

‎"sapa kena tangkap Li"tanya saya pada Rusli..."tah, macam ramai yg kena malam ni...baso menat,,..." seranah Seli.aaaahhh kita anak kampus sudah bersedia dgn carut marut kehidupan dlm belantara puaka politik ."the young angry man....dia ditakluk oleh pemberani'...teringat Antonio Gramci, engkau kenal dia kawan..aaah ken...al tak akan kenal>

‎"no woman no cry" kata Bob Marley.....itu katamu teman.....sosok lelaki hebat dibelakangnya seorang serikandi yg menopang seluruh aktivismenya...panji perlawanan juga diarak oleh muslimah mujahidah.tak selamanya perempuan bersenjatakan airmata.Ayuh bina generasi Khaulah, nusaibah,asma', fatimah, khadijah

kerana aku lelaki yg bingung membaca paparan sedu sedan di ruang maya ini.."heii,,apa yg kau tangiskan kawan...dunia tak akan berakhir dgn kegagalan cinta..."..sapu air matamu, turun ke jalanan membantah konsert 'selera murahan' bersama rijjal2 dakwah, namun masih dgn santun dan tertib pesonamu

biarl lelahmu diganjari pahala....murnikan niat dan wasilahmu bertepatan dgn Syarak....malam ini aku tutup dgn sebait doa buat mu teman....jgn lupa esok di dataran itu

sketsa 1994)konsert dipadand UIA itu terbatal dgn protes ala kamikaze.sah , besok akan menjadi tajuk berita dan akan disensasikan oleh media.Anak2 kampus UM tanpa perlu menunggu arahan berhimpun di kedai Pak Amjal.Engkau tahu teman, pak cik Amjal, sosok pejuang veteran itu paling rapat dgn aktivis pelajar dan pemuda

kami berhimpun merayakan madu kehidupan seorang anak kampus, mencabar sistem. tiada istilah gentar dan takut.kerana dunia berubah kerana anak muda.Pelajar2 Universiti Peking spt Li Ta Chao, Chen Tu Shui, Mao Tse Tung merakam dilangit sejarah peristiwa 4 mei 1919.Antonio Gramci, aktivis pelajar Universiti Turin memulakan gerakannya di kampus.sah,keesokan kampus gempar.HEP tidak mengambil masa yg lama utk menghukum pelajar yg terlibat dgn bukti drp rakaman video polis dan rakaman RTM.beberapa orang aktivis disabit kesalahan.Ada yg tidak dibenarkan mengambil skrol pada hari graduasi 1995, ada yg diberi amaran keras."mengapa kamu berdemo" tanya pegawai HEP.lugas

‎"sebab aku berdemo, krn aku MUSLIM" jawab seorg aktivis dgn bangga.ya kawan , engkau tahu anak kampus yg menjatuhkan shah Iran dlm Revolusi Black Friday di Teheran, anak kampus yg mula bangkit mengobar panji Jihad di Afghanistan pd tahun 1979.Reformasi Indonesia marak dgn terbunuh 3 pelajar Universiti Trisakti pd 1998

adik, kuceritakan pd mu ini, bukan ingin menayang kisah2 heroik zaman kami..bukan..aku ingin sampaikan padamu, jgn berdalih dgn AUKU dan seribu alasan yg dipersembah . "bangkit dan melawan kemaksiatan"..krn yg ramai terjerumus ialah insan yg profil umur sepertimu.Saya sudah tua utk aktiviti memeriahkan jalan, ingat "dunia berubah krn anak muda"

jerkahlah penguasa kampus saat kamu masih muda, berlarilah saat dikejar aparat keamanan bertopi merah, bersimbahlah dgn gas pemedih mata krn ia akan menjadi kenangan paling manis 2o tahun akan datang..nah aku mencabarmu dik!

lihatlah dik...kerakusan kuasa, kolusi,hegemoni yg berlaku..mengapa dadamu sedingin ais..seperti ais kepal yg aku lahapi dibangku sekolah rendah.engkau mampu bertenang melihat koruptor silih berganti membohongi anak watan, berlabun bhw ekonomi mencuat naik sedangkan FDI ditangga paling corot.mana ilmu mu? atau engkau berdarah reptilia

Dik,..saat ruang engkau di kampus, berlarilah....biar tercungap lelah mengisi program.biar gas pemedih mata itu menjadi sajian hujung minggumu.tidak cukup dgn engkau menggegar podium"mahasiswa adalah agen perubahan, check and balance" dan ribuan kata2 muluk penyendal gegendang telinga.engkau tahu dik,aku benci pada ora...tor kampus...mrk paling berpotensi berpaling tumit

engkau boleh memilih mimpi apa..jalur hitam atau putih.malam ini konsert 'selera murahan 'itu, yg mencegah diganjar pahala...dan yg memilih utk berhiruk pikik?byk mana anak dara kita yg akan direnggus maruah dibilik hotel bajet..ramai mana pula anak teruna yg tertumpah nutfah merata2...engkau fikirkanlah teman2..

ada ribuan lagi konsert berselimut hedonisme akan muncul di tanah leluhur ini....kamu jgn pura2 tidak tahu kawan....jgn pura2 terkejut....krn kamulah mengunjukkan kuasa itu.para koruptor itu pula tidak akan segan silu memposisikan mrk sebagai pejuang bangsa a.k.a pejuang Islam ,merasmikan tilawah, berarak maulid selawat penuh mulut..aaaaahhh kita tutup tirai sandiwara ini

"bersurai...bersurai...anda diberikan masa lima minit.....perhimpunan ini adalah haram!...bersurai....tapak 1....tapak...... 2".....macam pernah dengar...tapi dimana ya...

Jersi Baru Skuad Bola Sepak Malaysia 2010/2011



Jersi baru skuad bolasepak Malayssia 2010 telah dilancarkan baru-baru ini. Jersi baru ini akan digunakan sempena Kejohanan AFF Suzuki Cup 2010 di Jakarta, Indonesia Disember ini.


Jersi baru skuad bolasepak Malaysia 2010 in telah dilancarkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah di Wisma FAM.


Jom kita terjah jersi ini dengan lebih dekat :-



Jurulatih skuad kebangsaan bersama Tengku Mahkota Pahang selaku Timbalan Presiden FAM



Sesi brainstorming

Poster gergasi mempromosi jersi baru ini



Tonggak utama skuad kebangsaan, Aidil Zafuan dan Zakuan Adha

Tiada lagi logo FAM


Material terbaik digunakan untuk menghasilkan jersi baru ini



Di belakang bendera Malaysia, terdapat slogan 'Tanah Tumpah Darahku'



Jersi kedua skuad kebangsaan


Secara peribadi jersi sebelum ini adalah jauh lebih bergaya dan 'garang'. Jersi baru ini 'boleh tahan' bagi jersi utama tetapi jersi kedua yang berwarna biru itu ala-ala seperti jersi pasukan Thailand pula..