Di kalangan para mukminin itu ada golongan pemuda yang benar-benar menepati janji mereka kepada Allah, ada di kalangan mereka yang telah menunaikan janji kepadaNya (dengan syahid) dan ada lagi yang masih ternanti-nanti, mereka ini tidak sesekali menukar-nukar janji mereka (al-Ahzab 23)
Peralihan tampuk kepimpinan baru Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) telah pun berlaku beberapa minggu sudah. Ustaz Dzulkhairi Mohd Noor, mantan Presiden GAMIS 2007-2009 digantikan dengan Ustaz Mohd Idris Mohd Yussof.
Secara peribadi, saya mengenali Ustaz Idris secara dekat. Mana tidaknya, beliau adalah senior saya ketika di Sekolah Menengah kebangsaan Agama Kedah. Saya dan beberapa orang sahabat, bersama dengan Ustaz Faisal Mustaffa dan Ustaz Idris Yussof merupakan anak didik daripada murabbi ulung yang pertama iaitu Ustaz Mahmud Zaim Musa.
Semasa di zaman persekolahan, sememangnya beliau merupakan sebutir mutiara yang sangat bersinar, melalui kepetahan berpidato, ketaksubannya terhadap usrah dan semangat kental dalam menggerakkan dakwah dan tarbiyyah di sekolah, itulah yang menjadi nilai tambah yang ada dalam dirinya.
Selepas beliau tamat alam sekolah dan memasuki Darul Quran dalam diploma Tahfiz Al-Quran, disitu timbul fenomena dimana ustaz dan ustazah sangat memberi galakan kepada generasi-generasi yang baru untuk berlumba-lumba memohon ke Darul Quran. Jika ditanya kebanyakkan adik-adik, mereka menyatakan akan ke Darul Quran, apabila melihat Ustaz Idris yang menjadi idola berada disana. Selepas daripada itu, SMKAK tidak pernah terputus menghantar beberapa orang dari setiap batch lepasan SPM ke Darul Quran.
Mengimbau kembali kenangan satu masa dulu, Ustaz Faisal Mustaffa dan Ustaz Idris sering mengajak saya dan beberapa orang rakan, Azmul Mukmin, Azman (sekadar beberapa nama) untuk mengikuti kuliah pengajian tafsir Ustaz Ahmad bin Yahya pada setiap pagi Jumaat, yang pada ketika itu merupakan Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah. (Pada muktamar Pemuda Kedah yang lepas, Ustaz Mat ditaklifkan sebagai Ketua Pemuda Pas Kedah). Selepas kuliah, acap kali Ustaz idris akan mengajak berehat dan makan tengah hari dirumahnya di Kg. Naga sebelum bersolat Jumaat.
Begitu juga, pengalaman berdemo bersama-sama ketika alam sekolah menentang tindakan Israel ke atas Lubnan dan membantah NSTP menyiarkan karikatur menghina nabi.
Saat bersama beliau sememangnya Ustaz Idris dan Ustaz Faisal dianggap sebagai lagenda bagi SMKAK. Saya dan rakan-rakan sering mengandaikan mereka akan menyinar menjadi pemimpin ulung pada masa hadapan. Ya, sekarang andaian-andaian itu sudah menjadi kenyataan.
Saya mendoakan semoga mereka akan terus kedepan, menjadi pemimpin, kerana kita memerlukan kepimpinan ulama untuk memimpin negeri dan negara. Mereka adalah antara contoh kearah Negarawan Tarbiyyah yang di gagaskan oleh GAMIS.
Akhir sekali, rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan sekalung tahniah buat Ustaz Idris kerana ditaklifkan sebagai Presiden Baru GAMIS, semoga kecemerlangan GAMIS dapat ditingkatkan lagi. Takziah juga saya ucapkan diatas taklifan ini kerana sesungguhnya ianya akan disoal di Mahsyar kelak.
Sudah lama rasanya tidak menaip. Akibat kekangan masa yang sangat mendesak, ketiadaan mood juga antara faktornya, menyebabkan saya hanya sempat update blog ini melalui artikel atau material dari sumber yang lain sahaja.
Artikel kali ini pendek sahaja, berkaitan dengan Ramadhan dan Kesihatan. Detik ini, banyak persoalan-persoalan daripada sahabat-sahabat sekitar Perak, juga dari Ustaz sekitar Ipoh bertanyakan tentang isu-isu berkaitan dengan penggunaan ubat-ubatan ketika berpuasa.
Ada tiga soalan yang sering ditanya, pertama, penggunaan Inhaler untuk Asthma patient pada siang Ramadhan. Untuk makluman,menggunakan inhaler bagi yang berpuasa hukumnya boleh, sama ada ianya puasa Ramadhan ataupun yang lainnya. Kerana inhaler itu tidak sampai ke perut tapi hanya berfungsi melegakan saluran pernafasan dan penggunaannya pun hanya dengan bernafas seperti biasa. Jadi hal ini tidak seperti makan dan minum yang mana makanan dan minuman akan memasuki Gastro-Intestinal Tract ( melalui esophagus sampai ke anus).
Perkara ini turut disebut dalam kitab Al-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Penerbit Darul Haq.
Kedua, penggunaan ubat Nitroglycerin untuk patient yang mengalami angina ataupun sakit di bahagian ada akibat otot jantung kekurangan bekalan darah yang mencukupi untuk berfungsi. Cara menggunakannya adalah dengan meletakkan Nitroglycerin ini di bawah lidah ketika berlaku angina ini. Kaedahnya ubat ini sama, iaitu ubat ini tidak sampai ke perut. Cuma mode of transmission sahaja berbeza sedikit dengan penggunaan Inhaler.
Mode of transmission of Nitroglycerin adalah meresap melalui salur darah apabila ubat ini diletakkan dibawah lidah.
Ketiga, berkaitan demam, suhu untuk dikategorikan sebagai demam ialah 38 darjah celcius dan keatas. Jika pesakit rasa tidak mampu untuk bertahan, maka ada keharusan untuk berbuka kerana mahu memakan ubat seperti Panadol(Paracetamol) bagi menyembuh serta menghilangkan sakit.
Firman Allah s.w.t,
“Sesiapa di kalangan kamu sakit atau bermusafir maka gantilah pada hari-hari yang lain.” (al-Baqarah: 184,185)
Pada 15 Ogos 2009 lepas, akhbar Daily Mail mendedahkan bahawa vaksin H1N1 yang bakal digunakan oleh kebanyakan negara-negara dunia mempunyai kesan sampingan yang berbahaya kepada penerimanya. Para penerima vaksin H1N1 dikhuatiri berhadapan dengan masalah gangguan otak yang dipanggil Guillain-Barre Syndrome (GBS).
Pada 29 Julai 2009, Prof. Elizibeth Miller, Pengarah Jabatan Imunisasi di bawah Health Protection Agency di Britain telah menulis surat amaran tentang bahaya kesan sampingan dari vaksin H1N1 yang bakal dijual syarikat farmasi gergasi dunia. Surat itu dihantar kepada 600 orang lebih Senior Neurologist di seluruh British.
Surat yang bertarikh 29 Julai 2009 lepas itu berjaya merungkaikan betapa teori-teori konspirasi yang dinyatakan sebelum ini benar dan sahih. Walaupun kerajaan Amerika cuba berselindung dan berdolak-dalik ketidakterlibatannya dalam isu Selsema Babi (SB), tetapi ada segelintir masyarakat yang sanggup mendedahkan rahsia kerajaan mereka ini.
Vaksin yang dibina oleh syarikat-syarikat farmasi gergasi dunia ini dijangka diedarkan kepada orang ramai pada awal Oktober. Di Amerika sahaja, sebanyak 13 juta rakyat akan disenaraikan untuk menerima suntikan.
Selain daripada bukti surat ini, apa yang boleh mensahihkan konspirasi Selsema Babi inia adalah kenyataan dari salah seorang Senior Neurologist yang ditemu ramah oleh wartawan Jo McFarlane. Menurut Senior Neurologist itu, dia sendiri tidak akan mengambil suntikan vaksin tersebut.
“I would not have swine flu jab because of the GBS risk.”
Menurut neurologist tersebut, mereka percaya vaksin H1N1 hanya akan mengulang kembali tragedi kematian 25 orang rakyat Amerika pada 1976 dulu yang menerima suntikan vaksin H1N1.
Walaupun kecenderungan untuk mati adalah 1 nisbah 80,000 orang. Tetapi kesemua 80,000 tersebut sudah mewarisi kesan kekal GSB seumur hidup. Bagi yang meninggal dunia kemungkinan ketahanan imunisasi badansudah sedia lemah.
Kenyatan pakar-pakar neurologi antarabangsa tentang H1N1
Dr Rustam Al-Shahi Salman, ahli Association of British Neurologists, mengatakan;
“Following the 1976 programme of vaccination against swine influenza in the US, a retrospective study found a possible eight-fold increase in the incidence of GBS.”
Dr. Thomas Jefferson, koordinator badan bebas penyelidikan vaksin di Britain;
“New vaccines never behave in the way you expect them to. It may be that there is a link to GBS, which is certainly not something I would wish on anybody”
Dr. Richard Halvorsen, penulis buku The Truth About Vaccines, mengatakan;
“For people with serious underlying health problems, the risk of dying from swine flu is probably greater than the risk of side effects from the vaccine.”
Dr. Patrick Chinnery, ahli Association of British Neurologists mengatakan;
“During the last swine flu pandemic, it was observed that there was an increased frequency of cases of GBS. No one knows whether it was the virus or the vaccine that caused this.”
(Kiri) Prof. Elizabeth Miller (Tengah) Dr. Rustam Al-Shahi Salman (Kanan) Dr. Richard Halvorsen
Jika ada doktor di Malaysia yang mengatakan vaksin H1N1 tidak merbahaya, kerajaan patut memberikan anugerah Profesor Diraja kepada doktor tersebut kerana kenyataannya telah mengenepikan hujah-hujah dari pakar-pakar neorologi di atas.
Bagi mana-mana pembaca yang menghadiri taklimat pemvaksinan dari kementerian kesihatan (jika ada), sila cetak artikel ini dan tanyakan soalan berkaitan vaksin kepada penceramah. Jika pembaca seorang pelajar jurusan perubatan atau farmasi, sila timbulkan isu ini semasa di bilik kuliah dan berbincang dengan pensyarah anda untuk penambahan ilmu.
Pengakuan Penghidap GBS
Hillary Wilkinson, 57 tahun mendedahkan beliau adalah salah seorang penghidap GBS. Menurutnya, selepas dia mengambil vaksin H1N1 pada 2006, beliau mengalami kesukaran bernafas, sakit-sakit sendi dan sukar bercakap. Keadaannya hanya kembali agak sihat setelah 3 tahun selepas itu dan dia bernasib baik tidak mati.
Keuntungan Segera Mula Kelihatan
Pada 20 Julai 2009, akhbar online Financial Times UK melaporkan bahawa gergasi-gergasi farmasi dunia yang berkonspirasi mengeluarkan vaksin H1N1 telah membuat keuntungan pusingan pertama dalam pengumuman penjualan vaksin.
Konglomerat farmasi seperti GlaxoSmithKline (GSK), Novartis, Baxter, Sanofi-Avantis dan Roche telah pun mengaut untung sebelum bayar berbilion-bilion dollar berdasarkan tempahan-tempahan dos dari pelbagai negara mengikut kontrak yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO). GSK telah pun memproses 1.5 juta dos vaksin H1N1 untuk dihantar ke seluruh dunia.
Bank pelaburan antarabangsa JPMorgan (bank Zionis kepunyaan Rothschild/Rockefeller) memberitahu setakat ini kerajaan Britain telah membelanjakan USD4.3 billion dan tempahan untuk dos vaksin dijangka akan meningkat kepada 600 juta dos.
Kesemua laporan keuntungan ini telah pun dijangka oleh ramai penyelidik konspirasi sejak wabak Selsema Babi mula melanda Mexico bulan April lalu. Kini wabak Selsema Babi ini sudah pun menyondol semua rakyat dunia tanpa belas kasihan.
Kandungan berbahaya dalam vaksin H1N1 keluaran GSK
Vaksin H1N1 yang dikeluarkan GSK disyaki mempunyai thiomersal (C9H9HgNaO2S) iaitu sejenis sodium yang mengandungi 49% merkuri yang digunakan untuk antiseptik dan anti-fungus agen. Penggunaan thiomersal walaupun dibenarkan WHO, tetapi masyarakat antarabangsa masih khuatir kerana beberapa kontroversi yang wujud semenjak ia diperkenalkan di dalam pemvaksinan.
Pada Julai 1999, Centre for Disease Control (CDC) dan American Academy of Pediatrics (AAP) telah mengeluarkan kenyataan media mendesak pengilang-pengilang ubat membuang thiomersal dari sebarang vaksin.
Lanjutan dari kenyataan itu juga, CDC dan AAP telah mengarahkan agar semua doktor menangguhkan dahulu suntikan imunisasi Hepatitis B kepada bayi yang baru lahir. Ini kerana seorang kanak-kanak dari Michigan telah meninggal dunia akibat suntikan itu.
(Gambar) Dr. Paul A.Offit, Ketua Jabatan Jangkitan Penyakit di Hospital Kanak-Kanak, Philadelphia.
Isu ini didedahkan oleh Dr. Paul A.Offit di dalam kertas penyelidikannya yang bertajuk Thimerosal and Vaccines - A Cautionary Tale di dalam The New England Journal of Medicine bertarikh 27 September 2007.
Selain itu, di dalam kertas penyelidikan yang sama Dr. Paul A.Offit juga mendedahkan, thiomersal yang terkandung di dalam vaksin juga disyaki menjadi punca kepada kelahiran anak-anak autisme. Pada Ogos 2005, seorang kanak-kanak autisme berusia 5 tahun telah meninggal dunia kerana mengambil suntikan tahunan yang dijadualkan.
Lanjutan dari isu thiomersal yang dimasukkan dalam vaksin-vaksin itu juga, seorang pakar autisme terkenal Dr. Alison Singer telah mengambil keputusan meletak jawatan dari menjadi Pengarah Autism Speaks yang ditubuhkan pada 2005.
Perletakan jawatan Dr. Alison pada Januari 2009 baru-baru ini adalah sebagai tanda protes kepada pihak kerajaan Britain yang terus membenarkan GlaxoSmithKline menggunakan bahan thiomersal. Dr. Alison juga menegaskan bahawa kisah kebanyakan selebriti terkenal yang semasa kecilnya berpenyakit autisme hanya propaganda media untuk melindungi helah kerajaan.
UNIT KEROHANIAN, JPM DAN ISLAMIC INFOMATION STUDIES (IIS) FOUNDATION
TARIKH : 21,22,23 OGOS / 30,1,2 Ramadhan 1430H
TEMA : Islam: The Perfect Religion and The Best Way Of Life For All
BERTEMPAT Auditorium Pusat Rawatan Harian Hospital Permaisuri Bainun Ipoh Perak
YURAN : RM 20 Seorang termasuk makan dan Penginapan
TENTATIF PROGRAM
Hari pertama:
5.00-7.00pm:Pendaftaran dan Penetapan Lokasi Penginapan
7.00-9.00pm:Solat dan Makan Malam
Hari kedua:
8.00-9.00am: Pendaftaran seminar
9.00-9.30am: Pengenalan dan ucapan
9.30-10.30am: Kewajipan Berdakwah – En. Shah Kirit b. Kakulal Govindji
10.30-11.45am: Sejarah Kristian – En. Yuri b. Mahyiddin
11.45-1.00pm: Asas Kepercayaan Kristian – En Yuri b. Mahyiddin
1.00-2.30pm: Rehat dan solat
2.30-3.30pm: Kepercayaan Cina – En. Yuri b. Mahyiddin
3.30-4.30pm: Hindusim – En. Shah Kirit b. Kakulal Govindji
4.30-5.30pm: Bengkel Bible – En. Yuri b. Mahyiddin
5.30pm: Bersurai
Hari Ketiga:
8.30-9.00am: Imbasan Semula – En. Yuri b. Mahyiddin
9.00-11.30am: Salah tanggapan dalam islam – En. Shah Kirit b. Kakulal Govindji
11.30-12.30am: Pengalaman bersama mubaligh kristian – En. Yuri b. Mahyiddin
12.30-2.00pm: Rehat dan Solat
2.00-3.30pm: Memahami Muallaf – En. Shah Kirit b. Kakulal Govindji
3.30-5.00pm: Soal Jawab Para Penceramah
5.00-5.15pm: Program Susulan
5.15-5.30pm: Majlis Penutup dan Bersurai
Biodata Penceramah
En. Shah Kirit b. Kakulal Govindji
Memeluk Islam pada tahun 1996
Terlibat secara intensif di dalam program “International Da’wah Training Programe” di IRF Mumbai, India yang dikelolakan oleh presiden Islamic Research Foundation (IRF), Dr. Zakir Naik.
Terlibat secara langsung dalam menganjurkan kelas perbandingan agama untuk pelajar universiti dan orang awam di IIS
Penceramah jemputan Jabatan Agama Islam, Kerajaan dan Swasta, Universiti dan gereja
Pegawai dakwah, IIS
Pengarah Saba Islamic Media K. Baru.
En. Yuri Mahyiddin
MEng (Mechanical) UKM Bangi
Pernah menjadi penceramah FCR di UTM Skudai, IIS, Masjid Bangsar, Sekolah MenengahHulu Klang & MMU Cyberjaya.
Berpengalaman berdialog dengan misionari Kristian.
Menjadi pelatih kepada program FCR Add On - Handling Missionary Christians
Sebarang pertanyaan boleh Hubungi
Syahir b Samsudin ( Pengarah Projek ) : 013 5098057
Amir Wahid Azizi ( AJK Teknikal dan Tempat ) : 019 7343260
Nik Muhammad Hasif( AJK Pengangkutan ) : 013 2007042
Sarah Nazihah( AJK Pengangkutan ) 013 4618305
@ boleh email kan ke alamat rupert_119@yahoo.com ( admin ISCblogspot ) - Hasif