Tuesday, December 30, 2008

Serangan habis-habisan Zionis Kuffar Laknatullah ke atas Gaza.


Sumber-sumber perubatan Palestin di Gaza melaporkan petang Isnin lalu, empat rakyat Palestin, termasuk seorang pemimpin Al Quds Brigades, sayap bersenjata Islam Jihad, telah terbunuh dalam satu serangan udara Israel di Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza. Jumlah maut terkini di Gaza adalah 345, manakala lebih daripada 1650 telah tercedera.

Pada hari Khamis lepas, Ketua Tentera Rejim Zionis , Gabi Ashkenazi telah mengugut akan mengerah seluruh kekuatan tentera bagi menyerang balas Gaza seperti yang di arahkan oleh kerajaan Israel . Beliau berkata serangan ini akan melibatkan kekuatan penuh ketenteraan ke atas fraksi pejuang Palestin di Gaza.

Ashkenazi berkata tentera udara Israel turut telah bersiap sedia bagi melakukan serangan. Beliau turut menambah, situasi di Gaza tidak dapat bertahan lama kerana pejuang Palestin masih terus menyerang pendudukan Israel dengan roket buatan sendiri.

PM Israel turut mengugut rakyat Palestin di Gaza agar menolak peraturan Hamas agar memberhentikan tembakan roket buatan sendiri.

Ya Allah, sesungguhnya kami tergolong orang yang dizalimi, maka bantulah kami yang dizalimi. Ya Allah Yang Maha Penyayang. Ampunkanlah dosa-dosa kami yang menghalang pertolonganMu Ya Allah. Berikan kami kemenangan seperti yang Engkau janjikan.

Berikan kami kekuatan Islamiah, akidah yang mantap dalam menghadapi musuh-musuhMu Ya Allah. Kuatkan hati-hati kami, satukan hati-hati kami dalam menghadapi musuh Islam.
Satukan pendirian kami, satukan iktikad kami Ya Allah dalam menghadapi musuh yang semakin menggila.

Ya Allah Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya. Kabulkan permintaan kami dalam menghadapi musuh diseluruh dunia, sama ada musuh yang terang, munafik mahupun fasik. Ya Allah Yang Maha Mendengar Lagi
Maha Mengasihani."


.

Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah 1430


Sebagaimana yang telah maklum kalendar Islam telah diperkenalkan pada zaman pemerintahan Khalifah ‘Umar al-Khattab r.a. Beliau dan para sahabat telah memutuskan untuk meletakkan tarikh permulaan kalendar Islam ini pada tahun di mana Nabi s.a.w. dan para sahabatnya berpindah dari Mekah yang dikuasai oleh golongan musyrikin ke Madinah kerana begitu pentingnya peristiwa tersebut terhadap kejayaan dakwah Islam.

Namun Maal Hijrah yang muncul setiap tahun hanya dilihat sebagai sambutan kedatangan tahun baru bagi umat Islam. Kebanyakkan umat Islam gagal menghayati semangat hijrah sebenar yang pada hakikatnya dapat memberi kesan yang begitu besar terhadap umat Islam.

Firman Allah,

"....dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" (Al-Baqarah:216)

Saya mengajak sahabat-sahabat merenung ayat ini sebagai titik tolak buat kita melangkah menuju satu perubahan hidup yang lebih baik . InsyaAllah.

Salam Maal Hijrah 1430,
Syakur Ibrahim


Award from Kak Tirana..


Blog Kak Tirana : Meniti Hari

Terima Kasih Kak Tirana

Saturday, December 27, 2008

Mahu ditarbiyah untuk apa?


Dahagakan ilmu. Mahu lebih banyak tarbiyah. Kami tak cukup tarbiyah. Perlukan lebih lagi.

Begitulah keluh kesah hati.

Pernahkah kita terfikir, tarbiyah yang kita dahagakan ini untuk apa? Tarbiyah ini untuk kita amalkan. Tarbiyah dalam beramal. Aplikasikan teori dalam kehidupan.

Tarbiyah berlapang dada, husnuzhon dan elakkan assumption. Carilah jawapan sebelum membuat kesimpulan bagi proses husnuzhon. Jika `malas` mencari apakah yang sebenarnya berlaku, maka lupakan perkara tersebut. Jangan difikirkan lagi.


Tarbiyah berukhuwah. Kepentingan menjaga hablulminannas apatah lagi hablulminnallah. Adakah kita sudah benar-benar berukhuwah? Adakah ukhuwah kita sekadar bersama circle of our friends sahaja? Ukhuwah semasa umat Islam? Ukhuwah dengan setiap makhluk? Terlalu vague…sebab subjek ini terlalu besar. Namun cukuplah kita muhasabah dengan adakah kita melayan setiap manusia secara adil? Atau adakah kita kadangkala bersikap double standard? Ya, Allah elakkan diri ini menjadi orang yang zalim. Yang tidak menunaikan hakkepada insan yang lain pada tempatnya.


Banyak lagi perkara, cuma kali ini saya berminat dengan perhubungan sesama manusia.


Tarbiyah menjadikan manusia lebih baik, tetapi manusia yang menerima tarbiyah tidak semestinya dijamin baik. Tarbiyah hanya satu proses yang hasilnya bergantung kepada individu.


Bisik pada hati, `mahu tarbiyah untuk apa?`.


Doa bersihkan hati

اللَّّـهُمَّ إنِّي أَعُوذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَاْلجُبْـنِ وَالبُخْلِ، وَالهَرَمِ، وَعَذَابِ الْقَـبْرِ، اللَّّـهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مِنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيـُّهَا

وَمَولاهَا، اللَّّـهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لا يُسْتَجَابُ لَهَا

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindunganMu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab qubur. Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan , Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk , nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan.


Syakur Ibrahim

Friday, December 26, 2008

Pak Pandir

Pak Pandir dan Wartawan

satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir.

Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.

Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...

5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...
dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan....
dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir.

Pak Pandir dan Ikan Keli

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...

Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.
Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.
Mak Andih: ???

Pak Pandir Dan Polis

Pak Pandir: Selamat pagi tuan.
Polis: Selamat pagi.
Polis: Apa hal.
Pak Pandir: Saya nak buat repot tuan.
Polis: Fasal apa tu.
Pak Pandir: Kawan saya di baham harimau.
Polis: Pukul berapa.
Pak Pandir: Dia tak pukul, dia terkam.
Polis: Habis?
Pak Pandir: Tak habis, tinggal kepala.

Thursday, December 18, 2008

Top 10 Languages Spoken In The World

Wondering which language have mostly spoken by the people around the world? Currently there are more than billion language in the world including the native language, minor language and major language. In this article, I want to share this with all my blog's reader the ranking of the most spoken language in the world. Here we go.

10. French - Number of speakers: 129 million

Often called the most romantic language in the world, French is spoken in tons of countries, including Belgium, Canada, Rwanda, Cameroon, and Haiti. Oh, and France too. We're actually very lucky that French is so popular, because without it, we might have been stuck with Dutch Toast, Dutch Fries, and Dutch kissing (ew!).

To say "hello" in French, say "Bonjour" (bone-JOOR).



9. Malay – Indonesian Number of speakers: 159 million

Malay-Indonesian is spoken - surprise - in Malaysia and Indonesia. Actually, we kinda fudged the numbers on this one because there are many dialects of Malay, the most popular of which is Indonesian. But they're all pretty much based on the same root language, which makes it the ninth most-spoken in the world. Indonesia is a fascinating place; a nation made up of over 13,000 islands it is the sixth most populated country in the world. Malaysia borders on two of the larger parts of Indonesia (including the island of Borneo), and is mostly known for its capital city of Kuala Lumpur.

To say "hello" in Indonesian, say "Selamat pagi" (se-LA-maht PA-gee).



8. Portuguese - Number of speakers: 191 million

Think of Portuguese as the little language that could. In the 12th Century, Portugal won its independence from Spain and expanded all over the world with the help of its famous explorers like Vasco da Gama and Prince Henry the Navigator. (Good thing Henry became a navigator. Could you imagine if a guy named "Prince Henry the Navigator" became a florist?) Because Portugal got in so early on the exploring game, the language established itself all over the world, especially in Brazil (where it's the national language), Macau, Angola, Venezuela, and Mozambique.

To say "hello" in Portuguese, say "Bom dia" (bohn DEE-ah).



7. Bengali - Number of speakers: 211 million

In Bangladesh, a country of 120+ million people, just about everybody speaks Bengali. And because Bangladesh is virtually surrounded by India (where the population is growing so fast, just breathing the air can get you pregnant), the number of Bengali speakers in the world is much higher than most people would expect.

To say "hello" in Bengali, say "Ei Je" (EYE-jay).


6. Arabic - Number of speakers: 246 million

Arabic, one of the world's oldest languages, is spoken in the Middle East, with speakers found in countries such as Saudi Arabia, Kuwait, Iraq, Syria, Jordan, Lebanon, and Egypt. Furthermore, because Arabic is the language of the Koran, millions of Moslems in other countries speak Arabic as well. So many people have a working knowledge of Arabic, in fact, that in 1974 it was made the sixth official language of the United Nations.

To say "hello" in Arabic, say "Al salaam a'alaykum" (Ahl sah-LAHM ah ah-LAY-koom).


5. Russian - Number of speakers: 277 million

Mikhail Gorbachev, Boris Yeltsin, and Yakov Smirnoff are among the millions of Russian speakers out there. Sure, we used to think of them as our Commie enemies. Now we think of them as our Commie friends. One of the sixlanguages in the UN, Russian is spoken not only in the Mother Country, but also in Belarus, Kazakhstan, and the U.S. (to name just a few places).

To say "hello" in Russian, say "Zdravstvuite" (ZDRAST-vet- yah).



4. Spanish - Number of speakers: 392 million

Aside from all of those kids who take it in high school, Spanish is spoken in just about every South American and Central American country, not to mention Spain, Cuba, and the U.S. There is a particular interest in Spanish inthe U.S., as many English words are borrowed from the language, including: tornado, bonanza, patio, quesadilla, enchilada, and taco grande supreme.

To say "hello" in Spanish, say "Hola" (OH-la).



3. Hindustani - Number of speakers: 497 million

Hindustani is the primary language of India's crowded population, and it encompasses a huge number of dialects (of which the most commonly spoken is Hindi). While many predict that the population of India will soon surpass that of China, the prominence of English in India prevents Hindustani from surpassing the most popular language in the world. If you're interested in learning a little Hindi, there's a very easy way: rent an Indian movie. The film industry in India is the most prolific in the world, making thousands of action/romance/musicals every year.

To say "hello" in Hindustani, say "Namaste" (Nah-MAH-stay).



2. English - Number of speakers: 508 million

While English doesn't have the most speakers, it is the official language of more countries

than any other language. Its speakers hail from all around the world, including the U.S., Australia, England, Zimbabwe, the Caribbean, Hong Kong, South Africa, and Canada. We'd tell you more about English, but you probably feel pretty comfortable with the language already. Let's just move on to the most popular language in the world.

To say "hello" in English, say "What's up, freak?" (watz-UP-freek).


1. Mandarin - Number of speakers: 1 billion+

Surprise, surprise, the most widely spoken language on the planet is based in the most populated country on the planet, China. Beating second-place English by a 2 to 1 ratio, but don't let that lull you into thinking that Mandarin is easy to learn. Speaking Mandarin can be really tough, because each word can be pronounced in four ways (or "tones"), and a beginner will invariably have trouble distinguishing one tone from another. But if over a billion people could do it, so could you. Try saying hello!

To say "hello" in Mandarin, say "Ni hao" (Nee HaOW). ("Hao" is pronounced as one syllable, but the tone requires that you let your voice drop midway, and then raise it again at the end.)





Sumber : The Top 10 Language Spoken in the World

Wednesday, December 17, 2008

Take 5ive

Ini adalah kereta mewah



Dan ini pula Road Tax nya .. :p



Syakur Ibrahim

Monday, December 15, 2008

Padan Muka Hang Bush!




BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Arab membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq semalam.

Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang media bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya berteriak dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.

“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.

Bush menundukkan kepala dan kasut pertama mengenai bendera-bendera AS dan Iraq di belakang kedua-dua pemimpin manakala kasut kedua tersasar dari sasaran.

Muntazer segera dijatuhkan oleh pengawal keselamatan dan dibawa keluar dari bilik itu. - AF

Saturday, December 13, 2008

Hak Muslim Keatas Muslim


Sabda Rasulullah SAW:

Hak Muslim atas Muslim lainnya ada enam,

  1. Apabila bertemu orang muslim maka ucapkanlah salam.
  2. Apabila mengundang, kamu datanglah.
  3. Apabila meminta nasihat padamu, nasihatilah.
  4. Apabila bersin membaca Al Hamdulillah, hak kamu katakan padanya Yarhamkallah…
  5. Apabila sakit, ziarahilah.
  6. Apabila kematian takziahlah.
-Riwayat Muslim.


SALAM...

Firman Allah Taala:

Apabila seseorang memberi salam kepadamu dengan satu salam, jawablah salamnya dengan yang terlebih baik daripadanya atau balaslah (dengan seumpamanya). Sesungguhnya Allah Maha menghitung tiap-tiap sesuatu.

-An Nisa’: 86


Sabda Baginda SAW:

Demi Allah, tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan tidak dikatakan kamu beriman sehingga belum cinta mencintai. Apakah aku tidak memberi khabar kepadamu tentang sesuatu, apabila engkau berbuat sesuatu salinglah berkasih sayang dan jawablah salam diantara kamu.

-Riwayat Muslim.


Di dalam hadis lain dinyatakan Rasulullah SAW adalah orang pertama mengucapkan salam bila bertemu, dan salam nabi terhadap anak-anak bila melihat dan bertemu mereka.

E-book Download : 13 Cara Pendapatan Internet



Cubalah tips-tips yang diberikan, Insyaallah banyak rahsia-rahsia kejayaan Jutawan Internet telah didedahkan dalam E-Book ini secara percuma.

antara tips yang diberikan ialah :

1- blog
2- affiliate program
3- keuntungan dari akaun muat turun
4- Forex Trading

dan banyak lagi.. semuanya dijelaskan secara terperinci, Insya Allah

download E-book ini dengan PERCUMA,

13 Cara Pendapatan Internet (click here)

Friday, December 12, 2008

Kata-kata Meremangkan Tengkuk



“Mungkin SERBAN PARA MUFTI TERLALU KETAT maka sebab itu TIDAK CUKUP OKSIGEN untuk menyerap KE DALAM OTAK MEREKA. Mereka tidak berfikiran waras… Dari semasa ke semasa PARA ULAMA TIDAK PERNAH GAGAL untuk mengemukakan PANDANGAN YANG TIDAK MASUK AKAL DAN BEBAL.”
(Akbar Ali, Now The Mufti Blame Hindi Film, The SUN, 21 FEB 2001)

“Oleh itu persoalan yang perlu dilihat oleh masyarakat hari ini bukanlah sama ada poligami patut dibenarkan semula untuk diamalkan di sisi undang-undang sivil bagi bukan Muslim, tetapi sama ada IA PATUT DITERUSKAN DI SISI UNDANG-UNDANG ISLAM.”
(Sisters In Islam, Islam Did Not Invent or Encourage Polygamy, 10 Jan 2002)

“Nabi dilihat oleh penganut Islam awal SEBAGAI KETUA SUKU dan ramai daripada mereka yang menyokongnya berdasarkan kepada semangat asabiyyah atau kesukuan.”
(Dr, Farish A. Noor, The Myth Surrounding the Islamic State, NST, 1 DEC 2001)

“Nabi sendiri dalam konteks sejarahnya adalah seorang pemimpin suku, dan kerana itu ketaatan awal kepadanya diberi kerana dia adalah pemimpin suku yang lebih terserlah daripada pemimpin agama… ISLAM adalah suatu wacana dan sebuah wacana adalah terbuka, BOLEH DICABAR dan plastik…”
(Dr, Farish A. Noor, Intellectual Provocateur, The Edge, 3 DEC 2001)

“Nabi diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 orang wanita termasuk seorang gundik bernama Raihana yang tidak Islam sehingga ke akhir hayatnya.”
(Farish A. Noor, Let Islam Lead Way With Its Progressive View On Sexuallity, NST, 4 NOV 2000)

“Al Quran mengiszinkan seseorang menjadi murtad dua kali dan kemudian kekal kafir… TIDAK ADA HUKUMAN APA JUA SEKALIPUN yang dinyatakan ke atas orang murtad selain daripada janji Tuhan yang tidak akan mengampuninya atau memberinya petunjuk kepada jalan yang lurus. Inilah janji Tuhan. Inilah undang-undang-Nya.”
(Akbar Ali, Death For Apostates Unjust, The SUN, 4 JULY 1999)

“Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.”
(Dato’ Seri Najib Tun Razak, Utusan Malaysia, 20 APRIL 1993)

“Menjadikan selain Kitab Allah (iaitu Hadis) sebagai sumber undang-undang, yakni menduakan sumber kuasa samalah dengan menyekutukan Tuhan.”
(Kassim Ahmad, Utusan Malaysia, 1 JULAI 1988)

“Jika al-Quran Perlembagaan, mengapakah Nabi Muhammad menggubal Perlembagaan Madinah dalam pembangunan negara Islam yang pertama di Tanah Arab dulu?”
(Dato’ Haji Dusuki Ahmad, Utusan Malaysia, 22 SEP 1984)