Friday, November 28, 2008

Peribahasa Moden



1. Alang-alang mandi biar guna sabun.

2. Bapak borek, anak rintik, emaknya pasti petak-petak.

3. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam, kepala manusia kalau diasah pasti botak.

4. Betapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.

5. Biar lambat asalkan lembab.

6. Biar putih tulang, jangan kuning gigi.

7. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi shuttlecock.

8. Cubit peha kanan, peha kiri tak rasa apa-apa pun.

9. Dari mana hendak ke mana, kenapa kau tanya, menyibuk pula.

10. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula.

11. Di mana bumi dipijak, di situ ada kesan kena pijak.

12. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.

13. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia.

14. Habis madu sepah dikitar semula.

15. Sedikit-sedikit lama-lama tinggal sikit.

16. Harapkan pagar, pagar tak boleh harap.

17. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.

18. Hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong.

19. Hidup segan mati ditanam.

20. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik kalau hari tak hujan.

21. Jauh di mata sakit di hati.

22. Jika kail panjang sejengkal beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut (beli le pukat tunda lagi baik).

23. Kais pagi makan pagi, kais petang simpan esok pagi.

24. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.

25. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah.

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.

27. Lembu punya susu, cap teko dapat nama.

28. Makan hati berulam jantung dengan jeruk buah pinggang dan usus masak kicap.

29. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan, tersumbat kat mulut, meleleh kat hidung.

30. Membujur lalu melintang pukang.

31. Orang memberi kita merasa, orang tak beri kita paksa dia.

32. Pandu cermat, jiwa Kassim Selamat.

33. Patah tumbuh hilang report polis.

34. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, pondan tiang telepon.

35. Sambil menyelam tengok kapal selam.

36. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.

37. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula makanan di dalam mulut.

38. Sehari selembar benang lama-lama benang habis.

39. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tak dapat masuk olimpik juga.

40. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian cukai pendapatan.

41. Sudah gaharu cendana pula, sudah digaru gatal pula.

42. Sudah jatuh ditimpa tangga, kemudian ditimpa bendul, kemudian ditimpa rumah, kemudian bla bla bla..

43. Tiada rotan pelempang berguna juga.

44. Waktu kecil menjadi kawan, sudah besar menjadi lawan, bila tua penyakit sawan.

Monday, November 24, 2008

Kenyataan Akhbar Isu Babi oleh Pejabat MB


Kenyataan Akhbar

Isu Babi: Jawapan Kepada RTM & TV3

Saya merujuk kepada siaran berita RTM di TV1 sekitar jam 1.00 petang 19 November 2008 dan siaran Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 19 November 2008.


Kedua-dua siaran tv ini melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah bakal membuka sebuah ladang ternakan babi di Kedah.


Saya ingin tegaskan bahawa kedua-dua berita tersebut adalah satu pembohongan dan telah memutarbelitkan fakta seperti yang tercatat dalam buku Jawapan Bertulis Mesyuarat Keempat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2009).


Siaran berita tersebut hanyalah berbentuk jahat untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Negeri Kedah dan menghasut rakyat untuk bencikan Kerajaan dan berbentuk provokasi.


Sebagai makluman pembukaan ladang itu hanya akan berlaku jika terdapat aduan kacau ganggu di ladang-ladang yang sedia ada.


Selebihnya, keputusan tersebut telah dibuat oleh Kerajaan terdahulumelalui surat UPEN (K) 707 SK.4 ( ) bertarikh 4 Disember 2007 bertajuk: "Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) Mengenai Ladangan Masa Depan Industri Ternakan Khinzir di Negeri Kedah Darul Aman.


Sekalipun telah dijelaskan dalam sesi penggulungan Sidang Bajet pada 20 November dan sidang akhbar pada hari yang sama oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, bahawa ini adalah keputusan Kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) bagaimanapun TV3 khususnya masih menggunakan perkataan 'hasrat Kerajaan PAS Kedah membuka ladang babi'.


Bagi saya ia jelas satu pembohongan fakta yang amat jelas oleh stesyen televisyen swasta berkenaan dalam siarannya pada 20 dan 21 November melalui slot Buletin Utama.


Saya juga ingin menjelaskan bahawa dalam sidang akhbar, Menteri Besar juga telah memberitahu bahawa beliau dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menghormati keputusan Kerajaan terdahulu (BN) bertarikh 4 Disember 2007 itu dan setelah mendapat nasihat daripada pihak Vertarina negeri, pihaknya belum lagi memutuskan tempat atau bila ladang berpusat itu akan dibina.


Pembinaan ladang ternakan itu katanya, adalah untuk kebaikan semua pihak untuk mengelakkan sebarang kemungkinan masalah seperti pencemaran, bau busuk dan seumpamanya.


Menurut Ustaz Azizan, bukan hanya ladang babi, jika terdapat ladang ayam, lembu, kambing, kerbau sekalipun telah menimbulkan keresahan rakyat, maka ladang tersebut akan dipindahkan.


Dari penjelasan itu, amat jelas bahawa Kerajaan Negeri memikirkan satu tempat dan kaedah terbaik untuk mengatasi permasalahan yang mungkin atau telah wujud berpunca dari ladang ternakan tersebut.


Adalah di luar dari jangkauan pemikiran saya jika pemberita TV3 Kedah lebih suka melihat ladang babi dibina berdekatan kawasan perumahan jika dibandingkan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memindah dan memusatkan ladang dan sembelihan di satu kawasan yang jauh dari kawasan penempatan penduduk.


Saya juga menjangkakan, jika ladang baru itu nanti terbina sekalipun jauh dari kawasan penempatan, sekali lagi akan ada pihak memainkan isu bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah membina ladang ternakan babi yang luas, jika andaian saya ini benar-benar berlaku, sahlah bahawa berita berkenaan bukannya membela hak dan kepentingan rakyat tetapi ia lebih membela hak binatang ternakan tersebut kerana telah dipinggirkan dan ditempatkan di kawasan yang terpencil.


Mohd. Helmi Mohd. Khalid
Setiausaha Akhbar kepada
YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman


Saturday, November 22, 2008

Rahsia Logo Volkswagen

Kereta Volkswagen sudah pun terkenal sejak perang dunia kedua lagi di Malaysia. Kebanyakan kereta volkswagen yang berada di Malaysia ketika itu adalah jenis Beattle 2 pintu dan van serbaguna.


Namun disebalik produk kenderaan yang meluas dari Jerman itu ada sesuatu yang menarik dan mungkin mengejutkan kita. Ianya bertambah menarik dan misteri apabila ‘kejutan’ itu dibuat sendiri oleh pengasasnya iaitu Adolf Hitler.



Rekaan Kereta oleh Adolf Hitler


Kereta Volkswagen sebenarnya direka sendiri oleh pemimpin diktator Jerman iaitu Adolf Hitler sebelum kereta itu memasuki pasaran. Idea lakaran itu diperoleh oleh Hitler ketika beliau sedang duduk bersantai di sebuah restoran di Munich pada 1932.


Hitler melakar sendiri rekabentuk Beetles dengan objektif kereta itu mampu memberi keselesaan kepada pemiliknya dengan ciri-ciri bersantai dan mudah dikendalikan. Nama pertama yang dicadangkan ialah Kraft durch Freude (KdF-Wagen, lyang bermaksud “strength through joy car”).





Setelah siap lakaran, Hiter memberikan plan itu kepada pengarah Daimler-Benz iaitu Jacob Werlin sambil berkata,


“Take it with you and speak with people who understand more about it than I do. But don’t forget it. I want to hear from you soon, about the technical details.”


Namun demikian, Daimlr-Benz tidak mengeluarkan Volkswagen tetapi kereta itu dikeluarkan oleh kilang Porche milik Dr. Fredinand Porche dengan tema “Peoples’s Car”. Oleh itu, semua teknologi kereta dari A hingga Z adalah buatan Porche.


(Gambar) Pengasas, Dr. Ferdinand Porsche


Misteri Logo Volkswagen


Yang mencurigakan adalah lakaran logo Volkswagen itu sendiri. Ianya unik dan ringkas dengan huruf V berada di atas huruf W.


Sebenarnya logo ini tiada apa-apa maksud tetap ia mencurigakan apabila kita memutarkan logo ini dengan laju. Apabila diputar laju biasanya ketika tayar bergerak maka lambang Nazi jelas kelihatan.




video




Sumber : Ibnu Yaacob

Friday, November 21, 2008

SSM Dah Habis..

" A Cross Sectional Study of Stress Level among Nurses in Different Departments of Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak "

Group 15 : Ummul Falah, Syakur, Dr. Giri (our supervisor), Hakimin, Ibrahim

Sedang menerangkan sesuatu


Dr. Shayesteh Jahanfar (SSM Module Coordinator)
Syafiq dan Bito yang ceria selepas membentangkan poster masing-masing

Alhamdulillah.. SSM dah habis.. Special Study Module (SSM) ataupun dikalangan kawan-kawan menggelarnya sebagai "So Stressfull Module". Module yang berkonsepkan medical statistic dengan melakukan research serta'bermain' dengan software SPSS. Satu module yang membebankan serta banyak mengorbankan wang...

Group saya, Group ke-15 terdiri daripada 4 orang ahli iaitu Ummul Falah, Hakimin, Ibrahim dan saya sendiri. Ummul Falah dilantik sebagai bos kerana beliau mahir menggunakan SPSS ini.

Oleh kerana beliau adalah bos, maka beliau sangat garang dan tegas, sampaikan Hakimin takut dengan beliau. Ini adalah antara ayat sms ketegasan beliau semasa dalam proses menyiapkan poster untuk presentation.

" Xtau la. Korang tnye lain. Dr smlm n pg td aku dh ckp, g survey, g tnye2 org, dscus, n jgn tnye aku. Bleh x, arini, korang pcaye pd dri n anggap aku bkn bos. Buat je la apa yg ptut. Time ni la nk blaja."
Lihatlah betapa garangnya beliau sehinggakan apabila membaca sms pun dah terasa aura kegarangannya..:p

Banyak masa dihabiskan di library untuk interpret datadan sebagainya. Sesungguhnya module yang memenatkan ini membuatkan kami semua memecahkan rekod berada dalam library lebih dari 2 jam secara tidak langsung. Inilah rekod yang tidak pernah dicipta lagi oleh kami semenjak menjejakkan kaki ke RCMP ni..hehe

Group 15 mengucapkan terima kasih kepada Syafiq (gambar di atas) kerana membantu meng-analisis data bersama-sama di McD pada satu malam yang hening.

Apa-apa pun, SSM dah tamat, so, rehat dua minggu la pulak lepas ni. (klik baca lagi untuk lihat gambar-gambar)


Syakur Ibrahim






Thursday, November 20, 2008

Tragedi Berdarah Memali, 23 Tahun Sudah Berlalu




As Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood

"Memperingati Ulang Tahun ke-23, Tragedi Berdarah Memali ( 19 Nov 1985 – 19 Nov 2008 ) Memperbaharui kata-kata jihad dari As Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood sebelum kesyahidannya sebagai pembakar daya jihad pejuang-pejuang Islam hari ini...

" ..sesuatu yang mesti diingatkan kepada saudara-saudara yang masih hidup lagi sesudah kami para mujahiddin ini bertemu dengan Allah swt di dalam syurga firdaus. Kalau saudara/i masih hidup lagi akan berdosa kepada Allah sekiranya zuriat akan datang akan kencing di atas kubur-kubur saudara kerana saudara hidup tidak mahu berjuang dan berjihad untuk menegakkan kalimah Allah yang Maha Tinggi. Kami para mujahiddin yang sudah mati syahid dan dikuburkan berserta darah-darah merah.. kami berada di syurga dan saudara-saudara tetap berdosa dengan Allah Taala seandainya saudara masih berdiam diri..." - Ucapan di majlis tamrin khusus kepada ahli-ahli Pas Kawasan Baling, tahun 1985. .

" Insyaallah kalau kita dapat mati syahid, inilah suatu kematian yang istimewa dalam dunia ini. Tuan-tuan janganlah cuba melangkah kaki berpaling ke belakang dari perjuangan Islam. Ketika kita melangkah berundur dari musuh kita, ketika kita ditembak mati, dalam hal seperti itu maka kita mati seperti mati katak. Tetapi kalau kita berada dan berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang menyekat pergerakan Islam, maka kita akan mencapai mati syahid.."

" Orang-orang yang mati syahid ini, tulang temulangnya serta kulit mereka tidak reput untuk selama-lamanya. Mereka tinggal di bawah tanah serta semerbak harum bau mereka. Sesungguhnya orang yang mati syahid adalah orang-orang yang duduk setaraf atau satu saf dengan penghulu para syuhada, Syaidina Hamzah bapa saudara Rasulullah Saw yang gugur syahid di medan pertempuran Uhud bersama 70 orang para syuhada Uhud. Orang-orang yang mati syahid tidak dihisap dan ditimbang menimbang akan dosa dan pahala mereka di padang Mahsyar kelak. Mereka terus masuk syurga dengan izin Allah. Malah mereka dapat pula memberi berkat kesyahidannya itu kepada 70 orang sahabat handai dan saudara mereka untuk memasuki syurga firdaus Allah SWT di akhirat"

"..Mereka ini akhirnya apabila mati dalam hal itu dinamakan mati syahid yang telah diambil mereka itu akan dibawa ke dalam syurga Firdaus menjadi burung-burung hijau dan memakan makanan-makanan syurga sejak daripada mula malam mereka gugur syahid itu atau siangnya tanpa ditanya atau dipersoalkan lagi.."



-


Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali



1. Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya), Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.

2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.

3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menengah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, Merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.

8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.

9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, Mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.




Sumber : Pemuda Besut



Seminar Fiqh Perubatan


Semua Dijemput Hadir
Maklumat Lanjut :
Muhammad Ibrahim Ahmad - 017-9565660
Nur Hafizah Muhammad Abu Kari - 017-5441767 / 019-4510206

Monday, November 17, 2008

Rahsia Simbol PEACE


Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati. (search Google)Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)


Sumber : http://dajjal.wordpress.com/

Jersi Baru Pasukan Bola Sepak Malaysia?

Pemain Malaysia (Aidil Zafuan) menggayakan jersi baru Malaysia?
Cuba lihat hadapan jersi Malaysia
Jersi Inter Milan, Kelab Serie A Itali

Inikah jersi baru pasukan bola sepak Malaysia? lihat hadapan jersi terpampang lambang apa? Kemaraan Pasukan bola sepak Malaysia sejak akhir-akhir ini agak membanggakan. Ranking FIFA telah meningkat daripada tangga 162 kepada 151 dan aksi pada Pesta Bola merdeka juga turut menaikkan lagi nama Pasukan bola sepak Malaysia apabila menjadi Naib Juara. Tetapi setelah kemenangan demi kemenangan dikecapi, Pasukan Malaysia berhasrat untuk menukar penampilan di atas padang dengan menggunakan Jersi yang amat Kontroversi.

Jersi yang ditaja oleh Nike seumpama ini memang sudah dipakai oleh pasukan kelab Serie A Itali, Inter Milan. Saya tidak pernah terbayang pasukan Malaysia yang terkenal dengan jersi kuning hitam juga akan memakainya. Apapun jersi ini tidak dipakai lagi oleh pasukan Malaysia dalam mana-mana perlawanan. Sekiranya benar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggunakan jersi ini, ianya akan mengundang kemarahan penonton nanti terutama umat Islam.


Sumber: Kembara Muslim


Friday, November 14, 2008

Tiga Burung Berlegar Di Udara, Saat Tibanya Jenazah Amrozi dan Ali Ghufron

Arruhul Jadid dari Acheh menulis:

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kepada Allah. Kemusykilan saya mengenai kesohihan berita ‘lawatan’ 3 ekor burung saat tiba jenazah Amrozi dan Ali Ghufron akhirnya terjawab. Jam 01.25 pagi tadi, TRANS TV, Indonesia menyiarkan rakaman 3 ekor burung berlegar di udara diatas ribuan umat Islam yang menyambut ketibaan jenazah mereka. Mungkinkah makhluk Allah ini hadir untuk menyambut roh-roh mereka ? wallahua’lam”.

senyuman sang mujahid

Untuk tonton rakaman kejadian tersebut lihat video di bawah.





Terpulang pada pembaca untuk membuat penilaian. Tetapi sebagai muslim, haruslah kita berlaku adil dan berbaik sangka.

Sumber: Sabah Daily


Wednesday, November 12, 2008

Cinta Khalid Al-Walid kepada Rasulullah s.a.w

Video di bawah cuba menceritakan kembali kepada kita satu peristiwa yang menggambarkan betapa dalamnya tahap kecintaan Khalid Al-Walid kepada Rasulullah S.A.W.



Sedalam manakah kecintaan kita kepada Rasulullah?


Terima kasih kepada Syamil Shakir, sahabat baik yang banyak mengkaji kerana berkongsi maklumat ini. :p


Syakur Ibrahim

Perginya Mujahid Sejati



Assalamualaikum dan salam mujahid...

Akhirnya saat yang ditunggu oleh 3 orang pejuang yang berani menghadapi cabaran untuk bertemu Sang Pencipta tercapai. Amrozi,Imam Samudera dan Mukhlas.Ketiga-tiga mereka telah dijatuhi hukuman mati dengan cara tembakan oleh Mahkamah Indonesia setelah didapati bersalah terlibat dalam pengeboman Bali yang membunug 202 pada tahun 2002.

Setelah kematian mereka diumumkan, ramai para mujahid berang dengan kerajaan Indonesia kerana menjatuhkan hukuman tersebut namun bagi pencinta syuhada,mereka menganggap ini adalah peluang keemasan untuk bertemu Sang Pencipta Alam.

Soal sama ada mereka ini syahid atau tidak, tidak akan dikupas namun jika dilihat dari segi bilangan yang menyambut jenazah, khabar burung yang mengekori jenazah serta bau wangian yang ada pada jenazah maka itu adalah tanda-tanda darjat jenazah terbabit.Hanya Allah sahaja tahu status sama ada mereka syahid atau tidak.

Walaupun pandangan kita, setidak-tidaknya mereka berani menentang kezaliman Yahudi secara terang-terangan. Kita sendiri belum tahu apakah benar kejadian pengeboman Bali itu tidak didalangi oleh Yahudi.

Berikut adalah wasiat As Syahid (InsyaAllah) Imam Samudera,Mukhlas dan Amrozi serta gambar-gambar terakhir mereka:


(klik utk paparan besar)


Tuesday, November 11, 2008

Himpunan Mahasiswa Kedah & Ijtima’ Aidil Adha




Ijtimak Aidiladha dan Himpunan Mahasiswa Kedah 2008 merupakan satu program yang julung kali diadakan.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengumpulkan seluruh mahasiswa dan para pelajar negeri Kedah dari sekolah menengah dan segenap institusi pengajian tinggi yang meliputi para mahasiswa diperingkat lepasan SPM, STPM dan STAM yang menyambung pelajaran diperingkat Maktab Perguruan, Politeknik, Kolej dan sebagainya di atas satu platform NGO iaitu Persatuan Mahasiswa Darul Aman(PERSADA).

Sasaran persatuan ini adalah golongan mahasiswa berbilang kaum yang terdiri daripada pelajar Melayu, Cina, India, Siam dan sebagainya disamping berkongsi idea dan pandangan antara satu sama lain.

TUJUAN
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengumpulkan seluruh mahasiswa Kedah yang menuntut Ilmu di seluruh Institusi pengajian tinggi di segenap pelusuk negara kearah mewujudkan satu kesatuan mahasiiwa dan pelajar-pelajar di negeri Kedah Darul Aman.

TEMA
“ BERSATU SEIRING MEMIMPIN KEMENANGAN”

TARIKH
11 Disember 2008(Khamis)

TEMPAT
Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Menteri Besar

SASARAN PESERTA
Mahasiswa IPT, KOLEJ-KOLEJ, MAKTAB dan PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH


ATURCARA MAJLIS

KHAMIS ( 11 / 12 / 08 )

09.00 pagi : Ketibaan peserta dan pendaftaran

09.15 pagi : Ketibaan VIP

09.30 pagi : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan al-Quran
: Tayangan slide show raya

10.00 pagi : Ucapan :-

- Presiden Penaja
(Saudara Mohd Faisal Bin Mustaffa)

(Ust. Musaddak Bin Hj. Ahmad)
- Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah

(Dr. Hamdan Khalib) :

11.00 pagi : Bersama Menteri Besar
- Amanat MB dan pelancaran PERSADA

12.00 tgh. Hari : Tayangan slide Show
12.10 tgh hari : Sesi dialog
01.15 tgh hari : Jamuan
- bersurai


sumbangan boleh dibuat ke atas nama (akaun Bank Islam):

PERSATUAN MAHASISWA DARUL AMAN (PERSADA)
12-047-01-004609-2

untuk pertanyaan boleh hubungi talian PERSADA di no 019-6170277

Sekretariat PERSADA,
No 8, Jalan 19/13 A,
46300, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Monday, November 10, 2008

Protest against anti-tomboy fatwa





Komen daripada Setiausaha Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya merangkap Ketua Penerangan GAMIS.


Ini merupakan video demonstrasi bantah fatwa berkenaan fatwa berkaitan dengan pengkid dan tomboy. Insya Allah selepas exam saya akan cuba menjelaskan apa itu fatwa dan sejauh mana ianya mengikat umat Islam di negara kita.

Seharusnya difahami bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan hanya ditujukan kepada umat Islam. Fatwa ini juga tidak mengikat umat Islam sekiranya tidak digazetkan diperingkat negeri.

Sewajarnya yang haram itu tetap haram, dan yang halal itu perlu dikatakan halal. Seharusnya perkara berkaitan agama harus dihormati dan tidak dicabar. Jangan kerana mahukan kebebasan wanita tanpa batasan, mereka sanggup mencabar agama Islam.

Kepada para demonstrator, saya tahu perjuangan anda mahukan kebebasan kepada kaum wanita. Anda juga seharusnya tahu berkenaan retifikasi di dalam The Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW) yang tidak dilaksanakan kerana bertentangan dengan ajaran Islam. Hormatilah agama Islam, kerana orang Islam menghormati agama kalian.

Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com


Friday, November 7, 2008

Kemenangan Obama cara Yahudi memujuk dunia


Obama telah menawan White House didalam pilihanraya Presiden AS yang ke 44.Leluhur beliau berasal dari Kenya di sebelah bapanya.Kini beliau dianggap individu paling popular .

Personalitinya yang menarik membuatkan rakyat Amerika terpukau disamping kepetahannya berpidato. Berbanding dengan lawan McCain yang agak berusia dan akibat dibayangi imej George Bush yang kaki perang membuatkan Parti Republikan itu tersungkur.


Keputusan pilihanraya sudah muktamad, kini dunia menanti kesan daripada pemilihan rakyat Amerika .Apakah benar " CHANGE HAS BEEN COME" atau sekadar bertukar warna tetapi isinya masih sama ?. Ini sesuatu yang belum pasti .

Yang jelas Yahudi melalui pelobi - pelobinya adalah pemain 'catur ' dalam setiap langkah dan ucap penghuni nombor satu White House itu.Jika diperhatikan secara mendalam ini adalah satu helah para pelobi yang cuba mengalihkan perhatian dunia .Jika sebelum ini Amerika sudah puas melanyak mana - mana negara yang boleh menguntungkan mereka.
Kini polis dunia itu sudah tidak mampu lagi mempertahankan imej 'kepolisan' kerana natijahnya amat buruk dimata rakyatnya sendiri.

Kesan daripada krisis ekonomi dunia kini adalah adalah sebagai penyebab Obama dilobi sebagai Presiden AS sekaligus dianggap bakal merancang strategi baru untuk memulihkan Amerika Syarikat.

Dengan kebangkitan kuasa Asia yang diterajui China dan India negara Uncle Sam perlukan wajah baru .Sebelum ini AS adalah kaki perang yang dianggap pejuang keamanan disamping memburu rangkaian penganas adalah 'alasan Syaitan' demi kepentingan politik Yahudi .

Apakah Obama akan berjaya melahirkan Amerika baru ? kini hutang AS 700 bilion menjadi beban yang entah bila akan lunas.Ditambah kejatuhan Syarikat - Syarikat gergasi pengangguran akan meningkat . Perang entah bila akan tamat .

Bayangkanlah jika pelabur - pelabur Asia dan Negara -negara Teluk menarik balik wang mereka yang tersimpan di AS yang selama ini menjana ekonomi mereka ?.

Janji Obama mahu menarik balik tentera di Iraq dan Afghanistan akan ditagih oleh rakyat AS malah dunia pun menanti keputusan itu.
Apakah retorika,yang pasti Yahudi akan beri signal pada setiap tindakan Barack Hussein Obama .

Jika dahulu tunggangan Yahudi adalah " kuda putih " kini apakah dunia akan melihat " kuda hitam " yang akan terus dipacu untuk melanyak dunia khasnya umat Islam.

Mungkinkah Obama akan diperalatkan ? setelah telaga minyak di Teluk dikuasai oleh taukeh - taukeh minyak Amerika .

Kini mungkin sasaran mereka adalah Benua Afrika bermodalkan Obama yang berleluhurkan Kenya .Sikap diplomasi dan senyuman Obama akan menyedut kekayaan Afrika secara terhormat yang selama ini terpendam didalam perut bumi negara - negara miskin itu.

Adalah diyakini bahawa ini semua adalah perancangan Zionis - Freemason dunia mereka tidak merancang untuk setahun atau dua tahun.Tetapi perancangan ini untuk abad 21 dan seterusnya.

Kelihatan keputusan pilihanraya Presiden kali ini Barack Hussein Obama menang bergaya hasil dari kempen yang besar belanjanya antara yang paling mahal.

Ini membuktikan kesungguhan para pelobi yang benar - benar membawa Obama ke White House .

Obama sudah meratah McChicken (McCain ), Apakah Obama juga akan meratah umat Islam ?

Sumber:

kelulut@telokbakong.com

Thursday, November 6, 2008

Award dari Kak Tirana

Host unlimited photos at slide.com for FREE!


Saya telah mendapat award dari Kak Tirana. This is the first award in my blogger world. :p
Sejak menjadi rakan blogger kepada Kak Tirana ni, macam-macam kata-kata semangat dan galakan dah diberi kepada saya. Yang terbaru ni pula, diberikannya kepada saya award.

Kata Kak Tirana,
Award ini sebagai perangsang kepada mereka untuk terus belajar walaupun sebenarnya kursus perubatan termasuk dalam kategori kursus yang agak susah dan mencabar. Di samping menulis blog, jangan lupa pada pelajaran. Blog hanya untuk mengisi masa lapang dan sekadar melepaskan tension..
Memang betul kata Kak Tirana tu, kadang-kadang lalai juga pada pelajaran..hehe. Terima kasih atas teguran ini.

Saya menjemput kawan-kawan semua singgah ke blog Kak Tirana. Kak Tirana seorang motivator yang baik, Insya Allah, oleh itu marilah ramai-ramai kita menjadi follower kepada blog Kak Tirana..:p

Ni link ke blog Kak Tirana
http://meniti-hari.blogspot.com/



Syakur Ibrahim





Wednesday, November 5, 2008

Luahan Hati kat Blog ISC

Saja nak kongsi dengan kawan-kawan semua..


sumber: ISC RCMP
---------



Entri kali ini mungkin agak berlainan barangkali, tetapi kerana lebih kepada pertanyaan dan pengharapan. Saya memerlukan komen-komen saudara/i selepas daripada habis membaca entri ini. Sejujurnya, kami hanyalah insan lemah, bukanlah pemidato terbaik, bukan juga organizer yang terbaik, bukan juga hebat dalam segenap bidang ilmu, tidak ada apa-apa kehebatan mahukan kelebihan, cuma hanya yang mampu sedaya kudrat yang ada ialah menghidupkan suasana biah solehah di kampus.

"Al-jamaatu rahmah, wa firqa 'azab"

"Bersatu itu rahmat, dan berpecah itu azab"

Inilah kata-kata cendekiawan haraki yang sering kita dengar. Satu kenyataan yang bukannya sekadar kenyataan tetapi merupakan satu teguran kepada semua.

Saya menyedari, bahawa timbulnya satu situasi ataupun keadaan dimana wujudnya satu pakatan yang saya tidak jelas tujuannya. Pakatan yang saya kira baik, didokong oleh penggerak-penggerak yang memiliki segenap kelebihan, bijak berpidato, mungkin juga pendebat yang lantang, bertanjak pemimpin pada zaman-zaman sebelum menjejak kaki di RCMP dan banyak lagi ciri-ciri unggul yang pastinya tiada pada kami.

Cuma disini saya merasakan walaupun ianya baik, tetapi saya merasa agak sedih, kesal dan sedikit terkejut kerana pakatan ini bertindak seakan memberi saingan kepada ISC. Setiap program yang diadakan akan sentiasa bertindih dengan program ISC, akhirnya perebutan mad'u berlaku, dan timbul pula ketidak senangan hati, bermasam muka dan sengketa bersama.

Perlu diingat, ISC merupakan wadah kearah mengerakkan tarbiyah kampus, ISC meliputi segenap warga kampus, ISC tidak hanya terfokus kepada segolongan puak, batch dan sebagainya.

Seperti yang saya katakan kepada sahabat-sahabat junior, ISC memerlukan anda pada masa hadapan, memerlukan kader-kader yang mampu bergerak, jauh lebih hebat dan lebih kritis serta kreatif daripada ISC yang sedia ada pada ketika ini.

Jadi saya masih hairan, kenapa perlu menjadi pesaing?, sedangkan wadah yang sedia ada ini memang sudah tersedia untuk diberi kepada kamu untuk digerakkan. Saya ingin jelaskan bahawa, keadaan tarbiyah di kampus kita sangat lemah, Kamu golongan-golongan yang berpakat ini adalah golongan yang hebat. Kami memerlukan anda untuk kebaikan Islam di kampus kita.

Ibarat sebuah rumah cantik yang tiris bumbungnya, tetapi akibat ketirisan bumbung rumah itu, maka, rumah yang baru pula hendak dibina. Adakah wajar semua ini? Bukankah ini jenayah masa dan tenaga?

ISC sangat banyak kelompongan, hanya warga kampus sahaja yang boleh bertindak menampung lompong ini. Janganlah lompong ini ditinggalkan dengan ijtihad sendiri iaitu mewujudkan organisasi yang baru. Sesuatu yang keji bagi umatIslam apabila mereka berpecah belah. Berpecah atas dasar ketidakpuasan hati, cemburu dan sebagainya. Inilah penyakit hati orang-orang yang sombong lagi megah.

Marilah bersatu bersama. Demi Islam tercinta, demi menyeru ma'ruf, menegah mungkar di bumi RCMP.

Kita telah lemah dengan timbulnya perpecahan ini. Sedangkan musuh tertawa melihat kelemahan kita. Tarbiyah tidak kemana, kesatuan Muslim tidak terbina, akhirnya Islam terus tersungkur layu lemah tidak bermaya. Ayuhlah, kembali kepada wadah yang sedia ada. Kami memerlukan anda, bukan memusuhi anda..

Luahan Hati,

Syakur Ibrahim,
Setiausaha 2,
Islamic Student Club.

Tuesday, November 4, 2008

TAG

TAG From Kak Tirana

Law & Order

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this

This is me..

Pic ni diambil dgn menggunakan Nokia 6210 Classic :p (04/11/2007 10.21 PM)

Bilik dok bersepah lagi, tak dan nak kemas..hehe


10 people, I would like to tag:

Fahmi Al-Hamzah
Azhar Tahrel
Pendeta Budiman
Akh Fariiqul Amin
Kak Rinni
Akh Syams
Razif
Bashir
Zaidi Nawawi
Akh Adham





Monday, November 3, 2008

Letihnya hari ni.. Santai-santai sebentar ya


Sahabat baru saya ini (gambar klasik di atas), Syamil a.k.a SAS telah memperkenalkan satu web yang agak menarik kepada saya. Meletakkan wajah pada gambar-gambar era 60, 70, 80 dan 90-an. Sekadar penghilang lelah dan penat. :p

Nampak macam gambar 'real' ketika di zaman fesyen dahulu kala. Teringat pula gambar yang ada dalam album gambar ayah, inilah fesyen zaman mudanya. Zaman sememangnya berubah, tetapi kenangan tidak akan sekali-kali berubah. Saya pun nak merasai kenangan ini..:p

Dan....

Kat bawah ni pula gaya saya..hehe


Lucu juga gambar ni.. hehe.. Anda boleh cuba sendiri di web ini

www.yearbookyourself.com

Sunday, November 2, 2008

Makkah in 2010

Original article here


The series of pictures shows how the Muslim Holy City of Makkah will look like by 2010 when the massive construction project and reconstruction of its surroundings will be completed. It is a wonderful view and the pictures are simply awesome!










Sumber : YB Zulkifli Noordin