Monday, September 29, 2008

PERSADA MENYOKONG PENUBUHAN MAPIM


Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA)


Ipoh 21 September - PERSADA telah menghadiri pelancaran penubuhan Majlis Perunding Permuafakatan Islam Malaysia (MAPIM) yang diadakan di Dewan Besar Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, YB Dato’ Seri Ir. Mohd Nizar Bin Jamaluddin. PERSADA diwakili oleh Saudara Abdul Syakur Ibrahim yang merupakan Koordinator PERSADA bagi Kolej Perubatan Diraja Perak.

Majlis yang dianjurkan oleh Sekreteriat Jaringan Permuafakatan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Perak (JAMA’IY) ini dihadiri oleh pelbagai NGO Islam seperti Jamaah Islah Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Teras Keupayaan Melayu (TERAS), Yayasan Amal, Haluan dan beberapa lagi pertubuhan-pertubuhan Islam yang bersifat negeri.

Pertubuhan-pertubuhan Islam yang bergabung di dalam MAPIM ini bersetuju secara bersama dan sepenuhnya untuk menggerakkan MAPIM bagi menjadi badan induk umat Islam yang mempelopori pengamalan hidup Islam yang syumul serta memperjuangkan ketuanan Islam di Malaysia. Selain itu, semua pertubuhan-pertubuhan ini juga bersetuju untuk mengeratkan ukhuwah, perpaduan dan kerjasama yang berkesan di kalangan NGO Islam melalui interaksi dan gerak kerja bersama.

Melalui MAPIM juga, semua pertubuhan-pertubuhan Islam ini bersetuju membina penyelarasan fikrah melalui latihan kepimpinan dan perkaderan pemimpin NGO Islam secara berkala dan berpusat. Disamping itu, semua pertubuhan bersetuju untuk memobilasi, mengumpul dan berkongsi kekuatan yang ada di dalam NGO Islam terutamanya sumber manusia, sumber maklumat dan sumber ekonomi.

MAPIM juga akan mewujudkan kerjasama di antara Kerajaan, Organisasi Badan Kerajaan, organisasi Badan Bukan kerajaan di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.

Berasaskan kepada tujuan dan matlamat yang digariskan ini, PERSADA menyokong penuh penubuhan MAPIM dan mengharapkan muafakat di antara pertubuhan-pertubuhan Islam di negara ini lebih diperkukuh-eratkan demi kemaslahatan umat Islam di negara Malaysia ini. PERSADA juga yakin dengan usaha-usaha murni mampu membentuk dan membina status ‘khairul ummah’ demi mencari keredhaan Allah s.w.t melalui tanzim yang munazzamah.
Sumber : www.siswakedah.com


Friday, September 26, 2008

Ar-Ruhul Jadid


Ar-Ruhul Jadid

Arruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Kami petualang mencari kebenaran
Mencari makna serta hakikat manusia
Kami berjuang menegakkan kehormatan
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada

Kami berbekalAl-Quran hakiki
Meneruskan cita dan risalah para nabi
Kami sandang julukan generasi ghuraba
Biar saatnya datang kami pimpin dunia

Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh
Kami tentera Allah siap korbankan harta bahkan jiwa

Kami serahkan semua hidup pada Allah
Kami tekadkan tuk ikuti rasulullah
Usung panji Ilahi iman kuat membaja
Hadapi tirani bebaskan umat dunia


Pengesahan JAKIM

Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan
halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran berikut telah
ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Tai

3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut
tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice Shop3) Kiwi Express

Minuman ringan telah mendapat pengesahan
halal JAKIM :-

1)Coke

2)100 plus

3)F&N

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan
halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :

i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.

Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ?

Pewarna rambut yang di
pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .


4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement
dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.
Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan
Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5.
Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal.. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels,
Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan:
Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King's Confecti
onery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai
Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9.
Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk
Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11.
Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

Waallahua'lam

Sumber: Islamic Student Club