Saturday, August 30, 2008

Logo Merdeka 50% tiru simbol Taiwan

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51. Semoga kita dapat memerdekakan diri kita daripada segala perkara yang membawa kepada kemurkaan Allah. Selepas menyambut Merdeka pada 31 Ogos nanti, maka tibalah bulan rahmat, bulan berkat dan bulan maghfirah yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh hamba-Nya yang dahagakan ganjaran berlipat ganda. Oleh itu marilah bersama-sama kita menjadikan ramadhan kali ini sebagai ramadhan yang paling baik untuk kita berbanding dengan ramadhan yang lepas.

Dalam entry kali ini, saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat mengenai logo kemerdekaan negara kita tahun ini. Saya terjumpa artikel ini di blog sahabat saya , Kembara Muslim . Jom kita baca bersama..

----------


Logo sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-51 didakwa mirip logo anugerah produk cemerlang yang diberikan oleh kementerian hal-ehwal ekonomi Taiwan.

copy taiwan logo and merdeka 51st celebration logo fiasco 280808 02Logo tiga warna utama Jalur Gemilang yang memenangi hadiah RM10,000 berbeza sedikit daripada lambang anugerah Taiwan, yang serba merah, apabila ia memuatkan tiga bulatan kecil di tengah-tengahnya.

Sisi-sisi reka bentuk itu juga (foto atas, kanan) lebih bulat berbanding logo Taiwan itu.

Dengan kerjasama Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA), produk-produk yang cemerlang dari negara itu ditampalkan dengan logo anugerah itu setiap tahun sejak 2003.

Bersama logo merah itu yang telah didaftarkan sebagai cap dagang, produk terbaik republik itu bertulis "It's very well. Made in Taiwan."

Logo sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini dengan slogan 'Perpaduan Teras Kejayaan' dimenangi oleh seorang artis bernama Anuar Dan.

copy taiwan logo and merdeka 51st celebration logo fiasco 280808 04Dihubungi Malaysiakini hari ini, artis itu mengakui "50 peratus" logo sambutan kemerdekaan itu diambil daripada lambang produk terbaik Taiwan.

Lambang itu dirujuk sebagai bahan kajiannya sebelum menghasilkan logo 'Perpaduan Teras Kejayaan', katanya.

Anuar (foto kiri) menjelaskan, beliau memasukkan idea-ideanya sendiri untuk mencipta logo sambutan itu.

Logonya antara 800 penyertaan yang diterima untuk peraduan melukis logo sambutan ulang tahun kemerdekaan negara tahun ini yang bakal disambut dua hari lagi.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melancarkan logo dan slogan itu awal bulan ini bersama lagu baru ciptaan Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dan Lokman Ghani.

Menurut penjelasan rasmi, logo ini diilhamkan daripada "ikatan tiga figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan 'Perpaduan Teras Kejayaan'.

"Tiga ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara" yang mewakili pelbagai kaum mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Di logo sambutan kemerdekaan itu, merah membawa makna "keberanian rakyat", putih (kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia), biru (perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia), manakala kuning (sistem beraja dan Yang di-Pertuan Agong).

Malaysiakini telah dimaklumkan mengenai kemiripan kedua-dua logo itu melalui emel yang diterima daripada seorang pembaca.

sumber : http://kembara-muslim.blogspot.com/

Thursday, August 28, 2008

Al Jazeera Interview - Anwar Ibrahim The next 6th PM of Malaysia

Al Jazeera replayed the interview with Dato Sri Anwar Ibrahim this weekend during Raya. If you did not have a chance to watch, you can view on YouTube below

Part 1





Part 2




Tertarik dengan keterbukaan Al-Jazeera, berikut telah dikeluarkan Indeks Kebebasan Media apabila Malaysia kini berada pada kedudukan 124 daripada 169 negara paling bebas media.

Sebaliknya Israel Laknatullah pula berada lebih baik daripada negara ini iaitu pada kedudukan ke-44 negara paling bebas media.

Malah Malaysia turut jatuh daripada kedudukan 92 (Tahun 2006) kepada kedudukan 124 (Tahun 2007), iaitu jatuh 32 kedudukan.

Sungguhpun Malaysia boleh hebat mengatasi Filipina, Thailand, Singapura, Vietnam dan Myanmar, namun tidak mampu mengatasi Indonesia yang berada pada kedudukan teratas indeks media paling bebas di Asia Tenggara.

[Ruj: http://www.rsf.org/article.php3?id_article=24025 ]

Sumber : anwaribrahimblog

Tuesday, August 26, 2008

Terbilang Tapi Terbuang..!!





Kadangkala kita memerlukan jangkamasa yang amat panjang untuk menyaksikan sesebuah keajaiban terlakar. Keajaiban itu pula, walau dalam apa juga bidang sekalipun akan membuatkan kita menjadi terpesona sekaligus mengkagumi ketekunan pengkaryanya.

Azrai Khor Abdullah, jurulatih pasukan bolasepak Kedah telah melakukan sebaliknya. Persis seorang pengkarya yang teliti, anehnya Azrai tidak pula memerlukan tempoh yang panjang untuk mencetuskan keajaiban di padang.

Musim lalu, buat pertama kali dia telah berjaya membakar semangat anak didiknya untuk mencipta hatrik dengan menyapu bersih Piala Liga Super, Piala FA serta Piala Malaysia. Pada saingan kali ini, kelangsungan itu tidak terputus di tengah jalan malahan terus berkekalan. Beliau telah berjaya memimpin pasukannya untuk mempertahankan ketiga-tiga piala itu pula!

Itu adalah suatu catatan rekod yang walaupun tidak mustahil, tetapi kelihatan amat sukar untuk sesiapa jua melakukannya. Namun Azrai telah berjaya melakarnya dengan sempurna!

Dan itulah yang dikatakan keajaiban!

Keajaiban itulah yang membuatkan kita menjadi terpesona sekaligus mengkagumi ketekunan pengkaryanya. Tidak hairanlah pula jika keajaiban bikinan Azrai itu bakal menjadi modul terhangat yang sedang dihendap untuk diciplak oleh para pesaingnya.

Pentas final bolasepak Piala Malaysia yang berlangsung Sabtu lalu amat menarik untuk disaksikan. Pertembungan kuasa baru dan kuasa lama yang mewakili dua tempoh dominan berbeza itu, tidak ubah ibarat duplikasi semula pertandingan akhir Piala FA yang pernah berlangsung sebelum ini.

Sekali lagi dua pasukan yang sama berentap membuat perhitungan. Sekali lagi Sang Penakluk berkuasa sakti terbang melebarkan sayapnya dari arah utara. Sekali lagi jagoan Lembah Kelang menanti sambil mendabik dada. Dan sekali lagi warna warni Hijau Kuning dan Merah Kuning menjadi penyeri melimpahi serta melangsiri suasana.

Namun pemenang yang tertabal adalah pasukan yang sama!

Menariknya jumlah gol yang bolos membolosi pun tetap sama. Sahlah kini, Hijau Kuning adalah juara antara juara!

Tidak puas di Stadium Shah Alam, bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil pula sekali lagi Azrai telah melondeh serta menelanjangi segala kelemahan Dollah Salleh dengan susunatur formasi yang telah dicerna dengan begitu rapi serta teliti.

Hasilnya, Sang Gergasi Merah menggigit jari. Dan piala berprestij yang menjadi lambang keagungan bolasepak tempatan itu pun dijulang oleh sekumpulan para pemain yang memakai jersi keramat Hijau Kuning untuk disimpan di Alor Setar sekurang-kurangnya untuk setahun lagi.

Tahniah Hijau Kuning!

Saya cukup tertarik dengan mutu permainan serta keyakinan yang ditunjukkan oleh penggempur muda, Badrul Bakhtiar dan Fadly Baharom. Melihat aksi mereka, saya segera terkenangkan bekas pemain K. Soley. Walaupun terkilan, pada penghujung musim lalu saya turut 'merestui' penghijrahannya ke Perlis.

Musim ini terbukti 'kesabaran' saya berbaloi.

Saya punya alasan tersendiri. Badrul dan Fadly mungkin tidak begitu dikenali seperti sekarang, jika Soley tidak melangkah pergi. Sewaktu mereka berdua berada di kemuncak prestasi sebagaimana sekarang, pada tahap manakah pula Soley berada kini?

Sabtu lalu Marlon, Nelson dan Huggins telah menjawab segala tohmahan tidak berasas tentang kualiti pemain-pemain import sebagaimana yang dipertikaikan oleh pihak-pihak yang masih diselimuti kejahilan tentang aplikasi dunia bolasepak moden.

Mereka bertigalah sebenarnya yang telah menggerakkan serta menyuntik kesegaran sebuah pertandingan akhir sehingga mampu menggamit puluhan ribu jumlah penonton yang berkunjung ke stadium manakala jutaan lagi terpaku di depan kaca TV. Mereka ibarat Tok Dalang yang menerajui sebuah pertunjukan wayang kulit.

Negara-negara yang maju di seluruh dunia sentiasa membuka pintu seluas-luasnya buat pemain-pemain asing memperagakan kebolehan untuk bermain dengan kelab-kelab di sana. Malahan ada negara yang memberikan taraf kerakyatan kepada pemain asing semata-mata untuk memajukan mutu bolasepak di negara tersebut.

Kita berfikiran sebaliknya. Rupa-rupanya di sebalik kepesatan ledakan teknologi di era Bill Gates, masih ada yang ingin mengajak kita kembali ke zaman JWW Birch yang serba manual!

Hakikatnya Marlon akan pergi. Nelson akan pergi. Huggins juga akan pergi. Mereka terpaksa berangkat pergi lantaran kedangkalan minda pihak-pihak tertentu yang lebih senang menyalahkan orang lain semata-mata untuk menutup pekong di dada sendiri.

Marlon, Nelson dan Huggins : mereka adalah yang terbilang, tetapi anehnya mereka adalah yang terbuang!


sumber: Kedah Lanie

Monday, August 25, 2008

Lulus Konsert Avril, penghinaan kepada Negara dan Umat Islam


Tindakan jemaah menteri meluluskan semula konsert Avril adalah suatu penghinaan kepada negara Malaysia dan umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadhan pada bulan september ini. Walaupun Kementerian Kesenian dan Warisan dan PUSPAL telah membatalkan konsert yang akan diadakan pada 29 Ogos ini, tetapi ia diluluskan semula apabila diangkat kepada mesyuarat jemaah menteri semalam.

Rakyat yang cintakan Islam membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya jemaah menteri yang membuat keputusan ini. Ini suatu tindakan yang kurang ajar, walaupun Shafie Afdal menyatakan bahawa penganjur hiburan diminta menghormati prosedur permohonan permit selepas ini.


Ini menunjukkan tidak ada sedikit pun rasa hormat dan sensitif jemaah menteri kepada perasaan majoriti umat Islam dan warga pribumi di negara ini. Pembatalan konsert sebelum ini, bukan kerana menghormati hari kemerdekaan ke-51 tetapi hanya kerana kelambatan permohonan permit. Maruah umat Islam dan rakyat Malaysia seperti dipijak-pijak dan dipermain oleh para jemaah menteri, semata-mata untuk menjaga hati Avril Lavigne.

Di mana pemimpin-pemimpin yang kononnya hendak memperjuangkan nasib umat Melayu dan Islam di negara ini. Mana perginya konsep AL-Falah laungan Najib dan Islam Hadhari yang di banggakan oleh Pak Lah?. Apa yang Shafie Afdal buat dalam KEKKWA untuk mempertahankan hak kesenian dan warisan bangsa, atau Shafie telah menyenaraikan budaya kebebasan barat sebagai salah satu budaya warisan bangsa?

sumber : Tranung Kite

Friday, August 15, 2008

SAIFUL BERMUBAHALAH


Saiful telah pun bersumpah seperti mana yang ia telah janjikan sebelum ini...insyAllah dalam masa 40 hari sesudah ini akan berlaku suatu hal yang cukup besar akan berlaku baik terhadap Saiful atau pun DSAI.ini rentetan cerita dari kisah lalu.telah terbukti doa orang teraniaya adalah amat makbul dan tanpa hijab waima doa orang kafir sekali pun tetap akan dimakbulkan. rasanya mungkin ada yang masih belum tahu lagi nasib yang menimpa kepada perancang konspirasi 1998 lepas

Lihat senarai mereka yang telah diadili.Ummi Hafilda Ali------> salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal.Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut. Apakah nasib yang menanti seorang anak yang telah diakui anak oleh bapanya sendiri dan bapanya meninggal sebelum sempat memaafkannya?

Azizan Abu Bakar------> rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan dihukum enam bulan penjara.

Aziz Shamsuddin------> ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalanraya dan isterinya juga meninggal dunia. Apabila mereka mengambil jenazahnya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina. Semua orang akan mati satu hari nanti, tetapi mati dalam keadaan menerima wang rasuah ialah cara mati yang keji.

Dan semua orang tahu apa yang terjadi kepada Peguam Negara pada masa itu, yang bertanggunjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar.Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar.Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan kepala kera.Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!

Anda masih ingat Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar.Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya.

Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Shamsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.Ya, hanya 'perkara yang baik' akan menemui mereka yang melakukan 'kebaikan' kepada orang lain. Sementara nasib sebegitu, sesuai untuk setengah orang, bagi yang lain, kematian mungkin balasan yang tidak setimpal.

Contoh, orang seperti Hamzah Zainuddin, seorang yang suka berfoya-foya, tidak wajar diberi 'jalan keluar' yang mudah. Kepada Hamzah, nasibnya lebih teruk daripada kematian.Dan apakah anda mungkin bertanya, nasib Hamzah yang lebih dahsyat daripada kematian?Hamzah diperintah bayar RM11.206 jutaPada 8 April 2004, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memerintahkan Pengerusi Felcra Berhad, Hamzah Zainuddin, membayar tuntutan cerai bekas isterinya, Nooraini Abdul Rashid. Jumlah yang perlu Hamzah bayar ialah RM11.206 juta dan jumlah ini mesti dibayar dalam tempoh sebulan.Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hassan Basri, ketika membaca keputusan itu berkata, ia merangkumi bayaran tuntutan mutaah dan tuntutan nilai gaji serta kenaikan tahunan ekoran perletakan jawatan plaintif (bekas isteri) yang kesemuanya berjumlah RM11.206 juta.

Dalam keputusan itu, mahkamah juga mengarahkan Hamzah membayar satu pertiga daripada harta sepencarian melalui jumlah saham-saham di tiga buah syarikat sebanyak 21,064,286 unit atau sebagai pilihan beliau perlu membayar RM10 juta.Mahkamah turut memutuskan harta tuntutan balas Hamzah terhadap Nooraini yang berupa dua kereta mewah dan sebuah rumah di Subang Jaya, Selangor, dikekalkan milik bekas isterinya keseluruhannya sebagai hibah."Tuntutan mutaah yang layak kepada plaintif dalam masa perkahwinan mereka selama 15 tahun.""Tuntutan nilai gaji dan kenaikan tahunan setelah plaintif meletakkan jawatan dalam masa perkahwinan adalah layak dituntut selama 22 tahun," katanya lagi.

Hamzah diwakili oleh peguam syarie Zulkefli Ulul Aziz, manakala Nooraini pula oleh peguam syarie Asmuni Alwi.Tuntutan mutaah merangkumi nafkah diri selama 15 tahun sebanyak RM360,000; pakaian dan hiasan diri sebanyak RM270,000 serta upah menjaga anak kira-kira RM180,000.Bagi tuntutan nilai gaji selama 22 tahun berjumlah RM382,866 manakala kenaikan tahunan pula kira-kira RM13,200.

Dalam keputusan itu, Hassan berkata, mahkamah memutuskan harta tiga buah syarikat yang dihujahkan sebelum ini diisytiharkan sebagai harta sepencarian iaitu Hexagon Holding Berhad, Evermaster Group Berhad dan Asian Pac Holding Berhad.Katanya, jumlah unit saham di Hexagon Holding Berhad adalah 3,013,957 unit, Evermaster Group Berhad adalah 3,496,901 unit dan Asian Pac Holding Berhad adalah 56,682,000 unit."Dengan itu, plaintif layak dan berhak menuntut satu pertiga bahagian daripada jumlah nilai saham di tiga buah syarikat tersebut.""Tetapi defendan diberi pilihan dengan membayar sebanyak RM10 juta sebagai ganti," katanya.

Hassan memberitahu, Nooraini berhak membuat tuntutan mutaah kerana sepanjang perkahwinan dengan Hamzah, beliau tidak pernah mengaibkan nama suaminya serta sentiasa menjaga kehormatan dan keselamatan anak-anaknya."Mutaah wajib dibayar oleh bekas suami kepada bekas isterinya yang taat dan tidak pernah dilaporkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah.""Bagi kes itu, si isteri sanggup berkorban dengan bekerja sendiri walaupun defendan mengetahui kesukaran yang dialami bagi menanggung dan menjaga anak-anak dirumah," katanya.

renung2kanlah

Sumber: Tranungkite

Friday, August 8, 2008

Thursday, August 7, 2008

Blog Islamic Student Club


Blog Islamic Student Club (ISC) Royal College of Medicine Perak telah berpindah daripada Wordpress ke Blogspot sebagai usaha untuk mempromosikan ISC kepada warga kampus melalui alam siber. Sekaligus dapat menyampaikan mesej-mesej dakwah serta pelbagai hebahan aktiviti kepada warga kampus dengan lebih berkesan hendaknya.

Walaupun ISC masih dikira setahun jagung, bukanlah menjadi penghalang kepada ISC untuk menjalankan gerak kerja dakwah Islamiyyah di peringkat kampus. Melihat kepada perlunya keindahan Islam itu diserlahkan di peringkat kampus, blog ini dilihat mampu memberi sumbangan ke arah membentuk kefahaman dan kecintaan terhadap Islam kepada segenap warga kampus.

Semoga usaha ini di berkati Allah. Aamin

Blog Islamic Student Club - RCMP
http://myiscrcmp.blogspot.com/


Syakur Ibrahim

Wednesday, August 6, 2008

Konvensyen Mahasiswa Bersatu Perak


Saya menghadiri Konvensyen Mahasiswa Bersatu Perak 2 Ogos lepas, diundang sebagai wakil kampus. Alhamdulillah, terbentuk sudah sebuah NGO yang dinamakan sebagai Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) yang bakal menjadi teraju utama gerakan Mahasiswa Negeri Perak. Pelancaran NGO ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar.

Dengan keanggotaan dan kesepakatan daripada pelbagai front mahasiswa seluruh Perak, maka pembentukan BERSATU adalah amat baik dan bertepatan dengan misinya yang akan bertindak sebagai agen check and balance bagi kerajaan negeri Perak, memperjuangkan hak, isu serta kepentingan mahasiswa dan masyarakat sekaligus membentuk mahasiswa minda dan jiwa negarawan.

Sesungguhnya, suara mahasiswa tidak boleh dipandang sepi dan enteng.Suara mahasiswa perlu dipandang serius dan diambil berat. Lontaran idea kritis lagi bernas daripada mahasiswa mampu menjadikan sesebuah kerajaan lebih cemerlang. Sebaliknya, amarah dan emosi mahasiswa mampu menggoncang sesebuah kerajaan.

Disinilah peranan mahasiswa, yang akan menjadi agen check and balance kepada sesebuah kerajaan. Mahasiswa akan mewakili suara warga kampus, suara masyarakat, suara rakyat . Dengan tertubuhnya BERSATU ini, diharapkan saranan dan kritikan mahasiswa khususnya di Perak kepada kerajaan negeri didengari dan dipandang serius.

Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU)
http://bersatuperak.blogspot.com/


Syakur Ibrahim