Di kalangan para mukminin itu ada golongan pemuda yang benar-benar menepati janji mereka kepada Allah, ada di kalangan mereka yang telah menunaikan janji kepadaNya (dengan syahid) dan ada lagi yang masih ternanti-nanti, mereka ini tidak sesekali menukar-nukar janji mereka (al-Ahzab 23)
Monday, June 30, 2008
Cubaan Bunuh DSAI
Assalamua'laikum to all,
Kami menerima maklumat daripada beberapa sumber termasuk dari Unit Perisikan sebuah negara jiran yang memaklumkan kepada kami ada cubaan untuk membunuh DSAI di mana beberapa orang pembunuh upahan (hired killer) telah dibawa masuk baru-baru ini.
Perlu saya ingatkan bahawa cubaan untuk membunuh DSAI telah berlaku sejak awal 1990an lagi:
1. Helikopter Nuri yang membawa DSAI semasa beliau TPM jatuh terhempas selepas menghantar beliau ke Pulau Pinang penghujong tahun 1990an. Tidak lama selepas itu berlaku peristiwa pemecatan DSAI. Helikopter tersebut disyaki telah disabotaj;
2. Sistem brake kenderaan rasmi DSAI telah disabotaj menyebabkan ia hampir meragut nyawa DSAI apabila kenderaan tersebut menuruni bukit di Langkawi semasa lawatan rasmi DSAI sebagai TPM. Kecekapan pemandu kenderaan tersebut menyelamatkan DSAI. Perkara yang hampir sama berlaku kepada peguam utama DSAI Allahyarham Aris Chris Fernando bila sistem brake kereta Jaguarnya disabotaj hingga beliau hampir kemalangan serius di lebuhraya KL-Seremban semasa kes DSAI sedang berjalan;
3. Helikopter yang sepatutnya membawa DSAI telah disabotaj menyebabkan rakan beliau Tan Sri Yahya Ahmad terkorban apabila helikopter tersebut jatuh terhempas. Asalnya DSAI dijadualkan menaiki heli tersebut keesokan paginya tetapi TS Yahya menggunakannya malam itu untuk menziarahi ibunya yang sakit;
4. Cubaan membunuh DSAI semasa penangkapannya tahun 1998 bilamana unit UTK Polis menyerbu masuk rumah DSAI dengan senjata lengkap pada 20 Sept 1998. Namun usaha itu gagal kerana UTK mendapati terlalu ramai orang awam dirumah DSAI semasa itu;
5. Cubaan membunuh DSAI semasa dalam tahanan di Penjara Sg. Buloh melalui racun arsenik. Cubaan ini disahkan oleh Polis Australia yang menyiasat racun tersebut di Makmal Polis Melbourne;
Jadi berdasarkan rentetan cubaan membunuh ini, kami berpendapat maklumat yang kami terima berkenaan cubaan terbaru ini tidak bolej dipandang ringan. Atas sebab itulah kami membuat keputusan menasihatkan DSAI menerima tawaran Kedutaan Turki untuk melindungi DSAI. Kami berharap rakyat bertenang namun sentiasa mengikuti perkembangan mutakhir dan mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang sahih. Adios
Zulkifli Noordin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, June 29, 2008
Tahun Kedua menjelang tiba
Royal College of Medicine Perak a.k.a Kolej Perubatan Diraja Perak14 Julai 2008 ini bermulalah Tahun Kedua bagi pelajar perubatan Royal College of Medicine Perak (RCMP) a.k.a Kolej Perubatan Diraja Perak ambilan Julai 2007. Dan bermula tanggal inilah juga kami bakal bergelar senior kepada pelajar Tahun Pertama Perubatan. :p
Semestinya tahun kedua ini penuh dengan cabaran yang lebih getir yang pastinya mampu membuatkan kami bersungguh-sungguh untuk lulus dengan cemerlang dalam bidang perubatan ini. 'Alah bisa tegal biasa' , 'alang-alang ambik medic biarlah sampai grad' .. kata-kata ini agak popular di rumah sewa saya dan saya sendiri tidak pasti siapakah yang memulakan tutur perkataan ini.
Pelbagai mission telah diatur oleh rakan-rakan saya, antara mission utama yang sering dilaungkan ialah untuk excellent dalam exam dengan mengalahkan top student batch kami iaitu Azfar dan Fairuz. Pastinya cita-cita ini diharapkan tidak menjadi retorik semata-mata kerana untuk menyaingi dua sahabat top student ini memerlukan pengorbanan masa yang besar serta banyak bermesra dengan buku-buku yang bertimbun-timbun. Sanggupkah tuan-tuan? --->(iklan Celcom) :p
Melihatkan kepada kurangnya info di web RCMP, maka ramailah bakal-bakal pelajar Tahun Pertama Perubatan yang menghubungi saya melalui YM untuk mendapatkan info mengenai suasana hidup di RCMP ini.
Cuma saya nak jelaskan bahawa penginapan seperti asrama tidak disediakan, sebaliknya pelajar akan diberikan pilihan rumah untuk disewa di kawasan perumahan yang berdekatan dengan kolej. Sebuah rumah boleh memuatkan dalam 5-6 orang dan kadar sewa bulanan bergantung kepada ketetapan pemilik rumah sewa tersebut.
Tentang permohonan kewangan tajaan Mara, pelajar bumiputera tidak ada masalah untuk itu, cumanya proses permohonan mengambil masa yang agak lama lebih kurang dalam tempoh 6 bulan. rasanya itulah serba sedikit info yang tidak ada dalam web RCMP yang dapat saya kongsikan bersama.
Kepada rakan-rakan yang bakal memasuki Phase 1B untuk Tahun Kedua ini diharap lebih bersemangat dan jangan lupa, Azfar dan Fairuz mesti ditewaskan!
Syakur Ibrahim
Saturday, June 28, 2008
RM1 juta untuk 1 pingat emas : Adakah berbaloi?
Pingat Emas Beijing 2008Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa atlit negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik di Beijing Ogos ini dan pada temasya setarafnya pada masa depan, akan menerima insentif RM1 juta berbanding hanya RM160,000 sebelum ini.
Beliau berkata walaupun hadiah itu dianggap besar, ia wajar memandangkan tahap Sukan Olimpik semakin meningkat
“Untuk memenangi pingat emas ini juga bukanlah satu perkara yang mudah kerana pertandingan pada olimpik semakin sukar. Daripada satu olimpik ke olimpik satu lagi, kita lihat standard semakin meningkat.
“Oleh itu kita haruslah meletakkan sasaran yang lebih besar, lebih menarik lagi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan.
Najib berkata mesyuarat juga bersetuju memberikan RM300,000 kepada pemenang pingat perak dan RM100,000 untuk gangsa. Bagi pasukan yang memenangi emas pula, kadar minimum yang ditentukan ialah RM150,000 untuk setiap pemain.
Selain itu pencen bulanan yang diterima pemenang pingat di Sukan Olimpik dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 bagi pemenang pingat emas, RM3,000 bagi pingat perak (sebelum ini RM1,500) dan RM2,000 bagi gangsa (sebelum ini RM1,000).
Ia berkuat kuasa mulai bulan depan.
Menang Pingat Emas Olimpik = Ganjaran RM 1 Juta + Pencen Bulanan RM5K.Rakyat marhein pula bagaimana??
Adakah ini suatu tawaran yang berbaloi dan relevan ditengah-tengah isu kenaikan harga minyak yang tengah panas sekarang nih?
Syakur Ibrahim
Thursday, June 26, 2008
Bio Camp SMKAK 2008
Program berlangsung selama 3 hari 2 malam itu mendapat maklum balas yang baik daripada peserta. Kem yang berorientasikan menjawab soalan berbentuk jigsaw ini dilihat mampu memberi kefahaman yang jelas kepada peserta dari aspek memahami kehendak soalan dan kaedah menjawab yang baik.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Kamariah dan Pn. Hendon kerana menjemput kami untuk kem ini, ini adalah sebahagian jasa yang ingin kami berikan kepada sekolah dalam aspek pendidikan. Diharapkan semoga adik-adik calon SPM SMKAK 2008 agar sukses dalam peperiksaan SPM yang akan datang ini. Biologi mesti dapatkan gred yang terbaik, begitu juga dengan subjek-subjek yang lain. Insya Allah
Syakur Ibrahim
Sunday, June 22, 2008
Juruterbang peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan.

Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut
sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi "berdakwah" hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.
Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.
Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau.
Antaranya :
1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama
Islam.
2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.
Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS.
Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km.
Subhanallah.
Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadzil Noor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi "berdakwah" hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini.
Almarhum disegani teman dan lawan.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.
Kedah Juara Piala FA 2008

Dalam kesibukan dengan pelbagai program semasa cuti ini, sempat juga saya meluangkan masa menonton perlawanan Piala FA antara Kedah dan Selangor yang berlangsung di Stadium Shah Alam yang disiarkan di TV1. Tanpa dua tonggak import, anak-anak tempatan bimbingan jurulatih kesayangan rakyat Kedah, Azraai Khor Abdullah mampu beraksi dengan cemerlang.
Keputusan perlawanan : Kedah 3 - 2 Selangor
Penjaring bagi Skuad Kenari ialah : Fazli Baharom, Khyril Muhymeen dan Shafiq Jamal.
Penjaring bagi Skuad Selangor : Amirul Hadi dan Frank Seator.
Syabas diucapkan kepada pemain-pemain dan juga barisan jurulatih Skuad Kenari. Semangat anak-anak muda ini telah mengharumkan nama negeri di persada bola sepak Malaysia.
Lagu Keramat Hijau Kuning - Biar Jasa Jadi Kenangan
Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharum negeri
Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman
Kedah..Kedah pantang kalah
Walau sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melintang patah
Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning tanahku
Negeri Kedah negeri ku
Syakur Ibrahim
Wednesday, June 18, 2008
Debat YB Mahfuz dan YB Mohamad Aziz berkenaan isu minyak di TV9
Semalam (17 Jun 2008) ramai yang tidak berkesempatan menonton debat antara YB Mahfuz dan YB Mohamad Aziz di TV9. Saya juga tidak berkesempatan untuk mengikuti sesi debat ini kerana berada dalam perjalanan pulang dari Ipoh ke kampung saya di Kodiang, Kedah. Justeru itu, saya cuba untuk memuatkan kembali sesi debat ini untuk tatapan rakyat yang tidak berkesempatan menontonnya.
Anda boleh klik ke link dibawah ini untuk terus mengikuti hujah berkenaan isu minyak ini. Selamat menonton.
Debat YB Mahfuz-PAS Pokok Sena dan YB Mohamad Aziz-BN Seri Gading
P/s: YB Mahfuz saya kira telah menang dalam debat ini. Chayok2 :p
Syakur Ibrahim
Monday, June 16, 2008
Selamat Hari Bapa

Hari Bapa merupakan suatu hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan, dan untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu menglibatkan pemberian hadiah kepada bapa dan kegiatan kekeluargaan.
Di Malaysia, Hari Bapa di sambut pada hari Ahad minggu ketiga bulan Jun pada setiap tahun. Pada tahun ini Hari Bapa jatuh pada tarikh 15 Jun 2008 dan tahun hadapan pada 21 Jun 2008.
Antara negara-negara yang menyambut Hari Bapa pada ahad ketiga bulan Jun ialah Amerika Syarikat,Afrika Selatan,Argentina, Bahamas, Bangladesh, Belanda, Bulgaria, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus, Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun, Kanada, Malaysia, Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Puerto Rico, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, United Kingdom, Venezuela, Zimbabwe.
Di Iran, Hari Bapa disambut pada 23 Mordad (bulan kelima Iran). Di Korea Selatan pula pada 8 Mei dirayakan Hari Ibu Bapa. Itu adalah sedikit sebanyak info yang saya dapat perolehi tentang Hari Bapa ini. Semua orang ingin menghargai ibu bapa kerana tanpa mereka siapalah kita.
Bagi saya, setiap hari yang kita lalui adalah Hari Ibu dan Bapa. Kerana kasih sayang mereka kepada kita bukan sekadar terbatas pada satu hari yang khusus sahaja. Justeru, kenapa perlu satu hari khusus untuk memperingati ibu bapa kita sedangkan kita perlu ingati dan hargai mereka setiap hari. :p
P/s: Allah dan rasul juga perlu kita ingat dalam setiap tindak tanduk kita sehari-harian. Jangan lupa ya!
Syakur Ibrahim
Saturday, June 7, 2008
Mahkamah Turki batal undang-undang bertudung di universiti
Ketika menonton Buletin Utama semalam (6 Jun 2008), berita kenaikan harga minyak yang melampau ini masih lagi hangat diperkatakan. Dan seperti biasa, apabila berlaku kenaikan harga minyak, maka, mulalah hero-hero yang kononnya mempunyai idea yang hebat muncul dan menyeru supaya rakyat mengubah cara hidup, berjimat cermat, membeli kereta yang mempunyai kuasa kuda yang rendah dan sebagainya. Tapi sedarkah kita semua saranan ini hanyalah untuk orang-orang yang bekerja dibandar sahaja, bagaimanakah dengan nasib rakyat di kampung, yang pendapatan mereka langsung tidak tetap?. Mahu ubah cara hidup ke golongan seperti ini? Sudahlah hidup dihimpit papa kedana,nak ubah macam mana lagi? Fikir-fikirkanlah
Ada lagi berita dalam Buletin Utama yang menarik perhatian saya iaitu Mahkamah Turki membatalkan undang-undang bertudung di universiti. Alasan mahkamah ini sangat sangat sekular iaitu menyatakan bahawa undang-undang yang dibawa oleh parti pemerintah,Parti AK ini melambangkan aktiviti menyokong Islam. Saya sangat sedih melihat keadaan ini, satu ketika dulu, Turki merupakan pusat bagi pemerintahan Khilafah Islamiyyah di bawah Kerajaan Uthmaniyyah, kini rakyatnya kebanyakkannya adalah berfahaman sekular dan menolak Islam bulat-bulat.
Dalam hal ini, Mahkamah dalam kenyataannya menerima bantahan daripada parti pembangkang yang mahu membatalkan rang undang-undang tersebut yang diluluskan oleh parlimen pada 9 Februari lalu. Pihak pembangkang mendakwa rang undang-undang yang membenarkan pelajar universiti memakai tudung merupakan usaha membelakangi dasar sekular Turki.
Sekiranya didapati bersalah, seramai 71 anggota parti itu termasuk Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Abdullah Gul akan diharamkan daripada politik selama lima tahun.Mahkamah turut memutuskan bahawa pemakaian tudung itu sebagai bertentangan dengan dasar sekular dan perlembagaan negara tersebut.
Inilah yang sebenarnya mahu dilakukan oleh mereka. Mahu menjatuhkan pemimpin-pemimpin Islam di Turki. Inilah antara hasil usaha Kamal Atartuk yang telah berjaya menyebarkan fahaman sekular di kalangan rakyat Turki. Sehingga sekarang mayatnya tidak diterima bumi dan hanya berada dalam binaan konkrit sahaja.Sama-sama kita berdoa kepada Allah supaya Allah memberi hidayah kepada golongan sekular ini dan usaha mengembalikan Islam di Turki terlaksana pada suatu hari nanti.
Syakur Ibrahim
Thursday, June 5, 2008
Announcement: Kerja Kosong maaa!!!

Jawatan Kosong
1.Pengurus Pembangunan Perniagaan
2.Eksekutif Akaun Dan Pentadbiran
3.Eksekutif Pemasaran
4.Pembantu Akaun
6.Pembantu IT
7.Kerani Am
8.Jurujual
9.Juruteknik Penyelenggaraan
10.Pemandu cum PA
Syarat-syarat permohonan :
Mesti mempunyai kelayakan yang berkaitan dengan bidang tugas.
Mempunyai pengalaman di dalam bidang tugas yg berkaitan.
Self-motivated dan boleh bekerja dibawah arahan.
Graduan universiti atau tidak berpengalaman juga adalah digalakkan memohon.
Berminat sila hubungi:
Tel : 03-91716634 atau
hantar resume dan apa-apa yang berkaitan di:
Fax : 03-91716397 atau
Email : saiful@shamensi.com.my
anda juga boleh muat turun borang ini Borang Jawatan
dan hantar ke :
Shamensi Clothing Sdn Bhd,
No. 6, Jalan Jujur 3,
Bandar Tun Razak,
56000 Kuala Lumpur
Sincerely, Shamensi Online Store
www.shamensi.com.my/store
Wednesday, June 4, 2008
Terima kasih!
Pak Lah dalam satu pengumuman menyatakan minyak petrol akan dinaikkan sebanyak 78 sen dengan menjadikan harga minyak sekarang kepada RM2.70 manakala diesel dinaikkan RM1 menjadikan harga sekarang kepada RM2.58.
Pak Lah dan Najib
Masih dikira 'murah' jika compared dengan negara bukan pengeluar minyak.
UTUSAN tarikh 4 Jun 2008 menyatakan harga petrol di sekitar negara ASEAN seperti di bawah:
Filipina - RM3.93
Singapura - RM 4.92
"Terima kasih.."
"Terima kasih.."
dan " Terima kasih.."
P/s: Mahasiswa akan makan megi la lepas ni. Aduh!
Selamat Aman dan Makmur
Syakur Ibrahim
Tuesday, June 3, 2008
Hypermarket VS Kedai Runcit
Semalam(2 Jun 2008) saya ke Alor Star sekali lagi untuk berjumpa dengan sahabat-sahabat seperjuangan di surau Raudhatul Sakinah, SMKA Kedah. Selepas hampir 3 jam mengadakan perbincangan, maka banyaklah keputusan-keptusan yang diperoleh dari perbincangan tersebut. Selepas itu, semuanya bergerak pulang ke kediaman masing-masing.
Saya mengambil kesempatan masa yang ada dengan menuju ke Tesco yang baru di buka di kawasan Perindustrian Mergong, Alor Star, Kedah. "Nampak gah jugak Tesco ni." bisik hati saya. Orang ramai berpusu menuju ke Tesco sehinggakan tempat meletak kereta penuh, begitu juga dengan tempat meletak motorsikal. Terdengar juga suara-suara yang nyata berasa bangga kerana Tesco sudah wujud di Alor Star. Sebelum ini Tesco yang wujud di Kedah hanyalah di Sungai Petani yang lebih dikenali sebagai SP.
Namun itu hanyalah antara puluhan ribu lontaran kata-kata bangga daripada pembeli. Bagaimana pula dengan keluh kesah dan resah gelisah peniaga-peniaga kecil yang ada di kawasan sekitar?. Pendapatan mereka terjejas teruk kerana pembinaan hypermarket yang dilihat semakin rancak berkembang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan di seluruh negara. Secara peraturannya, kerajaan menetapkan syarat pembinaannya perlu berada dalam lingkungan 10 kilometer dari bandar, tetapi kebanyakannya tidak dipatuhi. Inilah sebabnya hal sedemikian berlaku kepada peniaga-peniaga kecil terutamanya yang melibatkan perniagaan runcit.
Hmm..Terfikir juga saya, bagaimana perkara sebegini boleh berlaku ya?
Syakur Ibrahim
Sunday, June 1, 2008
Tahniah Abang Ashraf
Petang tadi (1 Jun 2008) saya menghadiri walimah(kenduri kahwin) Abang Ashraf dengan Kak Yusni di Taman PKNK, Alor Star, Kedah. Abang Ashraf merupakan senior saya di SMKAK dan beliau juga merupakan seorang graduan dari UM dalam bidang Ekonomi dan Syariah. Beliau juga merupakan bos saya kerana mengambil saya menjadi fasilitator untuk program motivasi anjuran konsultan motivasi miliknya. Manakala Kak Yusni pula merupakan ex-NYDP PMIUM dan berasal dari Baling,Kedah.
Apa pun saya doakan semoga bahagia sehingga ke anak cucu. Amin.
P/s: lepas ni Abang Ashraf boleh la bantu tarbiah kat adik-adik di SMKAK plak.. :p
Syakur Ibrahim









